VERSI : Mobile | Akhbar Digital
22 Julai 2014 / 24 Ramadan 1435  
  Carian Arkib
TERKINI

ARKIB : 11/09/2011

Sejumlah 18,017 pelajar IPT Kelantan terima wang ehsan

11/09/2011 5:12pm

BACHOK 11 Sept Seramai 18,017 pelajar dari Kelantan yang melanjutkan pengajian di institusi pengajian tinggi (IPT) dalam negara menerima bantuan wang ehsan berjumlah RM6.2 juta tahun ini.

Pengerusi Pengagihan Wang Ehsan Kelantan, Senator Datuk Dr Awang Adek Hussin berkata, penuntut di peringkat ijazah menerima RM800, diploma RM500 dan matrikulasi RM300.

"Bantuan itu bagi meringankan beban ibu bapa untuk membiayai perbelanjaan anak di IPT awam dan swasta," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan bantuan itu di peringkat Jajahan Bachok hari ini.

Pada majlis itu, beliau turut menyampaikan bantuan kepada 471 pelajar dari pelbagai lapisan masyarakat, terutama golongan petani dan nelayan.

Dr Awang, yang juga Timbalan Menteri Kewangan, berkata, mereka yang layak boleh mendaftar menerusi Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP) kawasan masing-masing untuk mendapatkan bantuan wang ehsan. Bernama

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:50
Zohor 1:22
Asar 4:46
Maghrib 7:30
Isyak 8:44

 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
PRK Bukit Gelugor
Utusan Live di PRK Parlimen Bukit Gelugor
PRK Teluk Intan
Utusan Live di PRK Parlimen Teluk Intan
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.