VERSI : Mobile | Akhbar Digital
27 Ogos 2014 / 1 Zulkaedah 1435  
  Carian Arkib
EKONOMI

ARKIB : 09/09/2011

Pekema persoal kenaikan nilai kenderaan import terpakai

KUALA LUMPUR 8 Sept. - Persatuan Pengimport dan Peniaga Kenderaan Melayu Malaysia (Pekema) hari ini mempersoalkan keputusan kerajaan menaikkan penetapan nilai kenderaan terpakai yang diimport.

Ia kerana keputusan itu mengakibatkan peningkatan kos cukai yang membebankan pembeli.

Yang Dipertua Pekema, Datuk Zainuddin Abdul Rahman berkata, kenaikan nilai kenderaan tersebut mendorong kenaikan cukai antara 12 peratus hingga 30 peratus dan bagi Toyota Wish misalnya, pembeli kini perlu membayar tambahan RM7,000.

Arahan Jabatan Kastam Diraja tersebut dikuatkuasakan pada 1 September lalu.

''Apa yang dikesali peraturan itu dilaksanakan tanpa mendapatkan pandangan atau berdialog pun dengan Pekema,'' katanya di sini.

Tambahnya, tindakan kerajaan itu menyebabkan pemegang permit import (AP) berada dalam kedudukan tertekan dan kerugian kerana pembeli yang telah membayar deposit, enggan membayar tambahan kos kenaikan nilai kenderaan itu.

Beliau berkata, ahli-ahli Pekema sudah pun dikenakan levi RM10,000 bagi setiap AP dan operasi pasukan petugas khas pada Jun lalu dan kini berdepan pula pelaksanaan perwartaan nilai kenderaan baharu.

Beliau berkata, industri automotif Bumiputera kini mengalami kerugian yang teruk dengan penurunan sehingga 50 peratus jualan sepanjang tahun ini.

''Sehubungan itu, Pekema memohon kerajaan menangguhkan sementara pelaksanaan nilai baru ini, sekurang-kurangnya sehingga keadaan ekonomi negara kembali pulih.

''Kalau kerajaan bertegas mahu menguatkuasakan nilai baru ini, Pekema meminta ia mengecualikan kenderaan-kenderaan yang sudah dibawa masuk sebelum 1 September lalu,'' katanya.

Zainuddin berkata, Pekema juga telah mengemukakan surat kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bagi memohon pertemuan dalam masa terdekat.

Beliau berkata, Pekema mahu memberi gambaran sebenar kepada Perdana Menteri mengenai situasi peniaga-peniaga Bumiputera dalam industri automotif negara.

Menurutnya, pewartaan nilai baru kenderaan import itu menimbulkan persoalan kerana jika tujuannya hendak menambah pendapatan negara, ia tidak akan tercapai kerana permintaan ketara merudum disebabkan kos tambahan itu.

''Kesan penurunan permintaan itu akan memberi kesan negatif kepada peniaga seperti kami dan juga industri hiliran seperti institusi kewangan dan pinjaman kerana kurang perniagaan berlangsung.

''Akhirnya industri automotif akan lumpuh,'' katanya.

Zainuddin berkata, jika kenaikan itu bertujuan mendorong jualan kenderaan nasional, ia juga tidak tepat kerana ia berlainan segmen sama sekali.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zohor 1:18
Asar 4:29
Maghrib 7:23
Isyak 8:33


 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
PRK Bukit Gelugor
Utusan Live di PRK Parlimen Bukit Gelugor
PRK Teluk Intan
Utusan Live di PRK Parlimen Teluk Intan
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.