VERSI : Mobile | Akhbar Digital
3 September 2014 / 8 Zulkaedah 1435  
  Carian Arkib
KELUARGA

ARKIB : 03/09/2011

Spa Andak khas untuk lelaki


SPA Andak di Melaka ini khusus buat lelaki yang ingin mencuba urutan tradisional.


MENCARI spa khas untuk kaum Adam memang agak sukar, apatah lagi berkonsepkan tradisional serta menggunakan terapi kampung. Satu-satunya spa yang menyediakan perkhidmatan seumpama itu ialah Spa Andak yang terletak di Bandar Melaka.

Tambah istimewa, pelanggan yang berkunjung ke spa ini boleh menikmati urutan di atas sampan serta mandi di dalam tempayan.

Menurut pemiliknya, Raja Abdul Rahim Raja Hussin, Spa Andak hanya menggunakan minyak yang dibuat sendiri dari bahan alami.

"Spa lelaki ini dibuka pada tahun 2004, ia dibuka menerusi latihan pembentukan usahawan Mara. Kebetulan saya mempunyai ilmu dan petua tradisional jadi digabungkan dengan terapi spa untuk menghasilkan rawatan komplementari istimewa untuk lelaki.

"Saya juga menambah ilmu dengan mengambil kursus, sejujurnya saya tidak menyangka permintaan untuk spa lelaki ini memang tinggi. Ini semua kerana lelaki sukar mencari tempat untuk merawat dan menyegarkan diri berbanding wanita," jelasnya yang ditemui di spanya baru-baru ini.

Spa Andak ini juga mendapat sokongan dari bahagian promosi pelancongan Melaka dan juga Tourism Malaysia, malah nama spa Andak juga dimasukkan ke dalam panduan destinasi pelancongan.

"Spa Andak ini dikunjungi oleh bukan sahaja penduduk tempatan malah pelancong dari luar negara juga yang ingin merasakan kenikmatan spa Melayu," ujarnya.

Mengulas tentang tahap kesihatan lelaki, Raja Abdul Hussin berkata lelaki zaman ini memiliki gaya hidup yang tidak begitu baik. Mereka kurang bersenam, selalu stres dan mempunyai gaya hidup dan pemakanan yang kurang baik.

"Lelaki juga amat perlukan kesegaran wajah, selain itu urutan bahu, urutan belikat yang sememangnya memberi kelegaan untuk tubuh dan minda.

"Bagaimanapun bagi yang sudah berkeluarga disarankan agar urut sihat lelaki. Di Spa Andak juga turut memberi panduan cara pemakanan dan gaya hidup yang boleh diikuti untuk mencapai tahap kesihatan yang maksimum," ujarnya.

Seperkara lagi tentang lelaki ialah mereka tidak begitu terbuka membicarakan tentang masalah kesihatan mereka berbanding wanita.

"Justeru spa ini amat ideal untuk mereka berbincang tentang masalah sesama lelaki. Bakal pengantin juga disarankan mendapatkan rawatan di sini agar mendapat tips di samping kesegaran untuk melangsungkan hari bersejarah," jelasnya.

Perkhidmatan di Spa Andak ini bermula dari RM60 hingga RM350.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:51
Zohor 1:16
Asar 4:22
Maghrib 7:20
Isyak 8:29


 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
PRK Bukit Gelugor
Utusan Live di PRK Parlimen Bukit Gelugor
PRK Teluk Intan
Utusan Live di PRK Parlimen Teluk Intan
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.