VERSI : Mobile | Akhbar Digital
23 September 2014 / 28 Zulkaedah 1435  
  Carian Arkib
TERKINI

ARKIB : 01/09/2011

Aliran trafik di Lebuh Raya Utara-Selatan semakin sesak

01/09/2011 7:43pm

KUALA LUMPUR 1 Sept – Aliran trafik di Lebuh Raya Utara-Selatan dari kedua-dua arah utara dan selatan semakin sesak berikutan hari ini merupakan hari terakhir cuti umum setelah bercuti selama tiga hari sempena Hari Raya Aidilfitri dan Hari Merdeka.

Petugas Pusat Kawalan Projek Lebuhraya Utara Selatan (PLUS), Juhaimi Harun berkata, keadaan trafik di sepanjang lebuh raya kendalian PLUS itu rata-ratanya bergerak amat perlahan terutama dari arah utara menuju ke Kuala Lumpur.

"Terutama sekali dari Changkat Jering ke Terowong Menora, Alor Star menuju ke Juru dan Simpang Pulai menuju ke Slim River,” katanya kepada di sini hari ini.

Beliau berkata, di kawasan ini, kesesakan adalah dari “bampar ke bampar" berikutan penambahan jumlah kenderaan di lebuh raya petang ini.

Sementara dari arah selatan, trafik dari Ayer Keroh menuju ke Senawang dan Senawang menuju ke Seremban dilaporkan sesak.

"Walau bagaimanapun tiada kemalangan dilaporkan berlaku di sepanjang lebuh raya,” katanya. – Bernama

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:47
Zohor 1:09
Asar 4:14
Maghrib 7:11
Isyak 8:20


 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.