VERSI : Mobile | Akhbar Digital
23 Ogos 2014 / 27 Syawal 1435  
  Carian Arkib
FEMININ

ARKIB : 31/08/2011

Rekaan baju raya, merdeka


Bahagian bahu dibuat tebal dan tinggi supaya nampak seperti pakaian seragam tentera.


BAGI setiap bekas pelajar kursus Seni Reka Fesyen, menghasilkan rekaan sendiri selepas tamat pengajian adalah sesuatu yang cukup membanggakan, lebih-lebih lagi jika rekaan tersebut terpampang di akhbar dan majalah.

Begitu juga jika pakaian yang direka digayakan oleh artis-artis tatkala menghadiri majlis karpet merah atau majlis rasmi.

Mulanya mungkin mereka akan menghasilkan rekaan secara sedikit-sedikit dan sekadar di rumah sahaja. Namun lama kelamaan apabila telah dikenali, butik dibuka dan dapat memperluaskan lagi hasil rekaan.

Dzaizatul Syima Razak, 26, pemegang Ijazah Sarjana Muda Seni Reka Fesyen Universiti Teknologi Mara (UiTM) turut menyemarakkan dunia fesyen tanah air dengan rekaan tersendiri.

Ilmu yang ditimba disertai dengan bakat yang dipupuk dan sokongan semua pihak termasuk keluarga, pensyarah dan kawan-kawan membuatkan gadis ini ingin turut menghasilkan rekaan yang diilhamkan sendiri.

Anak kedua daripada empat beradik itu yang kini bertugas sebagai pensyarah di salah sebuah institusi pengajian tinggi tanah air menubuhkan syarikat sendiri yang dinamakan Syiemaria Creation.

Berkongsi dengan seorang kawan, Rosmariya Mustapa, kedua-duanya buat masa ini menghasilkan rekaan pakaian secara sambilan dan belum lagi mempunyai butik atau kedai.

Mengambil kesempatan kedatangan hari raya yang serentak dengan sambutan kemerdekaan negara, Dzaizatul Syima yang ditemui baru-baru ini berkata, rekaannya memberikan tumpuan pada bahagian bahu yang dibuat tebal dan tinggi seperti pakaian seragam anggota keselamatan.

Memilih potongan baju kurung Riau dan kurung moden yang biasa dipakai pada hari raya, dia memberikan kelainan pada bahu yang dibuat tebal.

“Untuk rekaan ini, saya menggunakan fabrik yang keras sedikit dan tebal seperti satin duchess kerana fabrik ini nampak elegan dan sesuai dengan tema raya dan merdeka. Si pemakai akan nampak segak dan dalam masa sama gaya kewanitaan turut dapat diserlahkan.

“Saya tidak memilih syifon yang menjadi kegemaran kebanyakan pereka fesyen kerana fabrik syifon terlalu lembut untuk gaya militari yang saya buat ini.

“Pada bahagian bahu, saya menggunakan span yang tebal dan ditambah dengan jahitan manik, mutiara dan labuci pelbagai warna,’’ jelasnya yang pernah memenangi Pertandingan Kreatif dan Inovatif UiTM tahun 2009 ketika Pertunjukan Fesyen Peringkat Ijazah universiti tersebut.

Tambahnya, bagi menampakkan kelembutan si pemakai, warna-warna pastel dan lembut seperti kelabu air, krim, biru firus lembut dan coklat cair menjadi pilihan.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:53
Zohor 1:19
Asar 4:32
Maghrib 7:24
Isyak 8:35

 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
PRK Bukit Gelugor
Utusan Live di PRK Parlimen Bukit Gelugor
PRK Teluk Intan
Utusan Live di PRK Parlimen Teluk Intan
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.