VERSI : Mobile | Akhbar Digital
23 April 2014 / 23 Jamadil Akhir 1435  
  Carian Arkib
FORUM

ARKIB : 29/08/2011

Aduan khidmat Pos laju dijawab

SAYA merujuk kepada aduan bertajuk Pos laju yang tidak laju yang disiarkan di ruangan ini pada 10 Ogos 2011. Pos Malaysia Berhad ingin mengucapkan terima kasih di atas maklum balas pengadu bagi meningkatkan mutu dan kualiti perkhidmatan kami. Untuk makluman, pihak kami memerlukan butiran yang lebih terperinci seperti nama penuh, alamat, nombor telefon untuk dihubungi dan nombor rujukan item Poslaju bagi membolehkan pihak kami melakukan siasatan sewajarnya.

Semakan menerusi Pos Gombak mendapati pada 4 Ogos 2011 terdapat dua item Poslaju untuk serahan ke Bandar Baru Bangi yang telah diterima, dihantar selepas penutupan karung oleh petugas (3 petang).

Memandangkan 6 Ogos 2011 adalah hari Sabtu minggu pertama dan 7 Ogos 2011 Ahad merupakan cuti am, maka operasi serahan item tidak dapat dilaksanakan. Item tersebut kemudiannya telah berjaya diserahkan kepada penerima pada 8 Ogos 2011 (Isnin) pukul 12.39 mengikut standard piawai serahan.

Pos Malaysia Berhad memohon maaf di atas sebarang kesulitan yang dihadapi oleh pelanggan berhubung kelewatan serahan item Poslaju tersebut. Bagi memastikan isu kelewatan serahan tidak berulang di masa hadapan, pihak pengurusan Poslaju akan memastikan pelanggan dimaklumkan mengenai waktu terakhir pengeposan Poslaju sebelum penutupan karung dilakukan.

Bagi pihak Pos Malaysia Berhad, kami ingin memohon maaf di atas sebarang kesulitan yang dihadapi oleh pelanggan.

Untuk sebarang cadangan atau maklum balas mengenai perkhidmatan Pos Malaysia Berhad, pelanggan boleh menghubungi talian Pusat Khidmat Pelanggan kami menerusi Posline di 1-300- 300-300 dari hari Isnin hingga Sabtu (kecuali pada Sabtu pertama setiap bulan dan cuti umum) dari jam 8.30 pagi hingga 9.30 malam atau e-mel kepada care@pos. com.my

Utusan Online on Facebook
Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh
Zohor
Asar
Maghrib
Isyak
 
 



IKLAN@UTUSAN



BANCIAN ONLINE
IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.