VERSI : Mobile | Akhbar Digital
27 Julai 2014 / 29 Ramadan 1435  
  Carian Arkib
DALAM NEGERI

ARKIB : 28/08/2011

Waris tragedi Bukit Kepong tersinggung


ISMAIL Yahya meneliti muka depan akhbar Utusan Malaysia yang memaparkan berita Mohamad Sabu yang menghina pejuang yang terkorban dalam serangan Balai Polis Bukit Kepong pada 1950.


MUAR 27 Ogos - Waris mangsa yang terkorban dalam tragedi Bukit Kepong pada 1950, kecewa dan terguris dengan kenyataan Mohamad Sabu yang mendakwa Parti Komunis Malaya (PKM) ialah hero sebenar dalam peristiwa itu dan bukannya anggota keselamatan serta ahli keluarga mereka.

Ismail Yahya, 80, iaitu adik kepada polis bantuan (AP) Othman Yahya yang terbunuh dalam tragedi berdarah tersebut, mengakui amat terkilan dengan kenyataan biadab Timbalan Presiden Pas itu.

Tegasnya, abangnya berjuang bersama-sama anggota polis Balai Bukit Kepong waktu itu secara sukarela kerana sayangkan keamanan dan tanah air.

"Mengapa jasa dan pengorbanan abang saya tidak dikenang Mat Sabu? Walaupun kami daripada keluarga miskin tetapi abang saya mengetepikan semua itu semata-mata untuk berjuang demi tanah air tanpa dibayar satu sen pun.

"Sedih apabila mengenangkan pengorbanan abang saya tidak dihargai walaupun kami tidak minta disanjung. Kenapa pula kenyataan jahat dan bodoh seperti ini diluahkan," soalnya ketika ditemui Mingguan Malaysia di rumahnya di Kampung Bukit Bendar dekat sini, hari ini.

Utusan Malaysia hari ini menyiarkan kenyataan biadab Mat Sabu pada 21 Ogos lalu dalam satu ceramah di Tasek Gelugor, Pulau Pinang, yang menganggap pengganas dalam Kompeni Pasukan 4 PKM yang menyerang dan membunuh anggota keselamatan dan keluarga mereka dalam tragedi Bukit Kepong sebagai hero sebenar.

Selain itu, Mat Sabu turut mendakwa Datuk Onn Jaafar dan Tunku Abdul Rahman tidak layak dianggap pejuang kemerdekaan kerana kdua-dua tokoh tersebut ialah pegawai British ketika itu.

Ismail berkata, Mat Sabu tidak pernah merasai saat-saat pilu seperti dilaluinya apabila memangku mayat abangnya dan mengambil tangan, kaki dan kepala mereka yang terkorban untuk disemadikan selepas itu.

"Semua ini tidak berlaku terhadap keluarga atau saudara-mara dia, sebab itu dia bercakap apa sahaja tanpa memikirkan perasaan orang lain. Dia ini Melayu ke apa? Kalau nak ambil hati DAP pun berpada-padalah," katanya.

Sehubungan itu, Ismail mahu Mat Sabu berhenti daripada memutar belit kenyataan dan jangan memperalatkan Islam atau menggadaikan maruah bangsa Melayu hanya untuk cita-cita politiknya.

Sementara itu, Penghulu Bukit Kepong, Mohd. Azhari Bidin, 40, menyifatkan kenyataan Mat Sabu sebagai jahat dan mempunyai agenda tertentu menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13.

Beliau meminta pemimpin Pas itu insaf, bertaubat dan berpada-pada dalam berpolitik kerana tidak semua perkara boleh dipertaruhkan termasuk agama.

"Inikah pejuang Islam? Orang seperti ini tidak layak jadi pemimpin dan dia pun bukan daripada golongan ulama atau profesional. Rugi bagi Pas kerana memiliki orang seperti ini apatah lagi bertaraf pemimpin," katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:51
Zohor 1:23
Asar 4:45
Maghrib 7:30
Isyak 8:44

 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
PRK Bukit Gelugor
Utusan Live di PRK Parlimen Bukit Gelugor
PRK Teluk Intan
Utusan Live di PRK Parlimen Teluk Intan
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.