VERSI : Mobile | Akhbar Digital
26 Julai 2014 / 28 Ramadan 1435  
  Carian Arkib
KELUARGA

ARKIB : 26/08/2011

Aroma enak baulu tradisional

Kuih baulu adalah kuih tradisional Melayu yang dahulunya merupakan antara kuih yang ditunggu-tunggu ketika hari raya. Namun kuih ini sudah dikomersialkan maka ia mudah dibeli tanpa mengira musim.

Membuat baulu tidak sesusah dahulu kerana sekarang sudah ada mesin dan ketuhar untuk membuatnya.

Jika membuat baulu secara tradisional, telur dan gula perlu dipukul di dalam pasu dengan tangan menggunakan pemukul berbentuk gelung sehingga kembang. Jadi proses memukulnya agak lama dan memenatkan.

Jika tidak dipukul sehingga betul-betul kembang , baulu tidak akan menjadi lembut dan gebu. Membakar baulu cara tradisional juga berbeza kerana ia perlu dibakar dengan tempurung, kayu arang dan sabut kelapa.

Cara membakarnya agak rumit tetapi rasa baulu yang dibakar cara ini sungguh enak dan bau aromanya lebih harum berbanding dengan baulu yang dibuat cara moden.

Kenangan memukul baulu dengan tangan dan membakarnya dengan tempurung dan sabut pasti tidak dapat saya lupakan.

Proses memukul telur itu kadang-kadang boleh menjangkau lebih daripada dua jam untuk menjadi kembang dan ia sungguh memenatkan. Pernah terjadi kerana kepenatan saya terbaring di atas lantai sambil memukul telur.

Memang melucukan. Ditambah pula asap dan haba ketika membakar baulu juga merupakan cabaran paling besar ketika berpuasa. Air mata pasti meleleh disebabkan tidak tahan dengan asap dari tempurung dan sabut.

Pada minggu ini saya akan berkongsi sedikit tip-tip membuat kuih tradisional ini tetapi dengan cara yang moden.

Sebaik-baiknya gunakan acuan baulu berbentuk cermai tetapi terpulang kepada anda untuk gunakan apa saja bentuk acuan yang anda suka. Anda boleh menggunakan mesin pemukul kek bagi menggantikan pemukul tangan.

Tepungnya perlulah disangai untuk meringankan tepung supaya baulu menjadi, ringan, lembut dan naik gebu apabila dibakar. Ini samalah dengan orang dulu-dulu menjemur tepung. Kadang-kadang mereka menjemur dan menggoreng (sangai) tepung.

Semasa mencampurkan tepung dengan adunan telur jangan kacau keterlaluan kerana ini akan membuatkan baulu tidak akan naik gebu dan berat.

Sebelum membakar baulu, isikan acuan dengan minyak dan bakar dalam ketuhar selama 10 minit untuk memanaskan acuan dan supaya adunan tidak melekat.

Keluarkan acuan yang telah panas dari oven dan buangkan minyak. Acuan sedia untuk digunakan.

Kemudian sediakan kain yang dibalut pada kayu untuk sapukan minyak ke acuan setiap kali sebelum masukkan adunan ke acuan.

Bakar gula dalam ketuhar sebentar sebelum guna sehingga agak-agak hangat dan terus tuang ke dalam telur.

Tip ini untuk ketahanan kuih baulu. Insya-Allah bahulu boleh tahan sehingga sebulan tanpa pengawet. Gunakan ketuhar yang mempunyai kepanasan api atas dan suhu bakar adalah 220 darjah celsius.

Saya mengucapkan selamat membuat kuih tradisi kita ini dan semoga ia menjadi santapan keluarga dan teman-teman pada hari lebaran nanti.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:50
Zohor 1:23
Asar 4:45
Maghrib 7:30
Isyak 8:44

 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
PRK Bukit Gelugor
Utusan Live di PRK Parlimen Bukit Gelugor
PRK Teluk Intan
Utusan Live di PRK Parlimen Teluk Intan
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.