VERSI : Mobile | Akhbar Digital
25 April 2014 / 25 Jamadil Akhir 1435  
  Carian Arkib
DALAM NEGERI

ARKIB : 26/08/2011

Wanita pemangkin perpaduan – PM


NAJIB Tun Razak dan isteri, Rosmah Mansor bergambar bersama replika cek untuk Program Pencegahan Jenayah, Keselamatan Keluarga Tanggungjawab Kita (Sekata) pada sambutan Hari Wanita Kebangsaan 2011 di PWTC, Kuala Lumpur, semalam. Turut kelihatan, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil; Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek dan Tun Dr. Siti Hasmah Mohd. Ali.


KUALA LUMPUR 25 Ogos – Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, golongan wanita di negara ini memainkan peranan penting sebagai pemangkin kepada perpaduan serta rakan kongsi dalam proses transformasi negara.

Kata Perdana Menteri, fitrah wanita yang penuh dengan sifat keprihatinan, kesabaran, kelembutan dan penuh empati menjadikan mereka sebagai insan yang layak menjadi ejen perpaduan.

‘‘Kerana itu wanita perlu diberi ruang dan peluang yang besar termasuk dalam bidang ekonomi serta politik kerana sekiranya kita mahu menjadi sebuah negara maju, maka kita tidak boleh mengasingkan wanita sebagai modal insan,” katanya.

Beliau berucap pada sambutan Hari Wanita Kebangsaan 2011 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.

Najib menambah, negara juga akan kehilangan 50 peratus daripada potensi kemajuan negara sekiranya wanita tidak diberikan peluang dan ruang yang adil untuk bergerak maju.

Sebab itu, kata beliau, dasar 30 peratus wanita sebagai pembuat dasar dan keputusan dalam sektor korporat yang dilancarkan Jun lalu bukanlah satu kuota, sebaliknya mencerminkan hasrat kerajaan untuk melihat golongan itu turut cemerlang dalam sektor berkenaan.

‘‘Ia adalah sasaran yang boleh dicapai bukannya kerana kuota tetapi secara merit kerana wanita kita berkemampuan dan layak untuk berada di tahap itu,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Najib berkata, kerajaan akan terus berusaha mencapai sasaran peningkatan penyertaan wanita dalam tenaga buruh kepada 55 peratus pada 2015 berbanding 46.1 peratus ketika ini.

Tambah beliau, penyertaan wanita sebagai tenaga buruh yang lebih besar merupakan satu proses berperingkat yang akhirnya boleh dicapai.

Utusan Online on Facebook
Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:47
Zohor 1:14
Asar 4:29
Maghrib 7:20
Isyak 8:31
 
 



IKLAN@UTUSAN



BANCIAN ONLINE
IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.