VERSI : Mobile | Akhbar Digital
20 September 2014 / 25 Zulkaedah 1435  
  Carian Arkib
SELATAN

ARKIB : 24/08/2011

Produk makanan rosak dirampas


PEGAWAI Penguat Kuasa Jabatan Kesihatan Negeri menunjukkan produk makanan dalam tin yang kemik serta tamat tarikh luput yang dirampas di sekitar Seremban, semalam.


SEREMBAN 23 Ogos - Sebanyak 489 produk makanan yang dianggarkan bernilai RM3,567.89 dirampas hasil pemeriksaan yang dilakukan oleh Jabatan Kesihatan negeri di 92 buah premis peruncitan di seluruh daerah sepanjang Ramadan ini.

Barang makanan berkenaan didapati sudah rosak, tin kemik dan tamat tarikh luput dan masih dijual kepada pengguna.

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kesihatan, Sains, Teknologi dan Inovasi negeri, Datuk Ismail Taib berkata, walaupun angka berkenaan tidak membimbangkan, namun pihaknya kesal masih ada peniaga memandang ringan mengenai penjualan barang makanan kepada orang ramai.

"Kita melihat ada kecenderungan para peniaga termasuk pasar raya besar yang tidak bertanggungjawab menjual barang tersebut dengan harga murah sebagai salah satu taktik mereka bagi mempengaruhi orang ramai membelinya.

"Perkara ini bukan sahaja salah dari segi undang-undang, malah mengundang bahaya terhadap kesihatan pengguna," katanya ketika Operasi Lak dan Sita di salah sebuah pasar raya besar di sini hari ini.

Hadir sama Timbalan Pengarah Kesihatan negeri (Bahagian Kesihatan Awam), Dr. Zainudin Mohd. Ali dan Timbalan Pengarah Kesihatan negeri (Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan), Saniah Abd. Rahman.

Pada operasi berkenaan, sejumlah barang makanan yang didapati rosak selain tin makanan kemik dan tamat tarikh luput dirampas.

Jelas Ismail, pemantauan keselamatan makanan yang dilakukan berlandaskan kepada Akta Makanan 1983 dan Peraturan-Peraturan Makanan 1985.

Tambahnya, selain penguatkuasaan, pihaknya turut memberi penerangan tentang pentingnya keselamatan dan kualiti makanan bagi mencegah penyakit bawaan makanan.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:48
Zohor 1:10
Asar 4:14
Maghrib 7:12
Isyak 8:21



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.