ARKIB : 24/08/2011
Chegu Bard terus dicabar buat laporan polis
KUALA LUMPUR 23 Ogos - Badrul Hisham Shaharin sekali lagi dicabar supaya membuat laporan polis ke atas Datin Seri Rosmah Mansor berhubung dakwaan pembelian sebentuk cincin bernilai AS$24 juta (RM72 juta).
Bekas Setiausaha Sulit Datuk Seri Anwar Ibrahim, Anuar Shaari berkata, kegagalan Badrul Hisham berbuat demikian meskipun cabaran itu sudah lebih sebulan dilontarkan telah membuktikan tuduhan itu hanyalah fitnah semata-mata.
Ini kerana jelas Anuar, Badrul Hisham atau lebih dikenali 'Chegu Bard' tahu bahawa cincin itu langsung tidak mempunyai kaitan dengan Rosmah sebaliknya, ia dipesan masuk dari New York, Amerika Syarikat oleh Maira Nazarbayev.
"Jika benar tuduhan itu mengapa sehingga sekarang Chegu Bard tidak berani menyahut tiga cabaran yang saya buat pada 17 Julai lalu? Mengapa sampai sekarang dia tidak membuat laporan polis ke atas Rosmah?
"Mengapa dia tidak membuat laporan penuh kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan mengapa tidak menamakan secara jelas yang cincin itu milik Rosmah," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.
Maira yang berasal dari Kazakhstan merupakan bakal besan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Dalam pada itu, Anuar turut mempersoalkan apakah motif sebenar Chegu Bard melontarkan fitnah tersebut kepada isteri Perdana Menteri dan siapakah yang mengharap keuntungan politik daripada fitnah berkenaan.
Katanya, semua persoalan tersebut perlu dijawab dengan segera kerana telah menjadi rahsia terbuka bahawa bekas ahli Majlis Pimpinan Pusat, Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu mempunyai hubungan persaudaraan dengan Anwar.
Apatah lagi jelas beliau, dakwaan berhubung pembelian cincin oleh Rosmah itu hanya timbul selepas Chegu Bard mengadakan pertemuan sulit dengan Anwar di Indonesia, pada April lalu.
Sahabat karib Anwar kecewa
'Henti dedah rahsia DAP' - Karpal Singh
Pengerusi DAP didesak henti ugut pihak tidak sealiran
Exco: Pas 4, PKR dan DAP 3
BN balas sokongan rakyat
Mahasiswa propembangkang dicabar tolak PTPTN
Soi Lek perlu berundur demi masa ‘depan’ MCA - Robert Phang
BN akan balas sokongan rakyat Kelantan - Mustapa
Pas Kelantan tolak konspirasi jatuhkan kerajaan cara kekerasan
Tunku Aziz akan terus buat pendedahan, sedia disaman
Karpal amaran Tunku Aziz henti dedah "rahsia" DAP
Segerakan pemilihan semula CEC
Kenapa DAP tidak mahu?
Jusuf Kalla patut pujuk Anwar berubat, bertaubat
Nasihat Nalla kepada Anwar
Ahli Parlimen DAP mohon maaf tuduh rakyat Malaysia pengundi asing
Karpal syor mansuhkan Dewan Negara
Khairy tidak sepatutnya bercakap bagi pihak Zahid - ZAM
Penyokong pembangkang cetus provokasi - Hamidah
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||









