VERSI : Mobile | Akhbar Digital
30 Julai 2014 / 3 Syawal 1435  
  Carian Arkib
UTARA

ARKIB : 22/08/2011

Keenakan buah kabung


Mohd. Kassim Sudin menunjukkan isi buah kabung yang sudah siap direbus.


BALING 21 Ogos - Kelembutan isinya seumpama gula-gula getah dan rasanya manis. Malah ia juga boleh diibarat seperti kurma Malaysia dan permintaan terhadapnya kini begitu tinggi sekali.

Daripada penjaja air batu di tepi jalan hingga ke hotel-hotel bertaraf lima bintang, apatah lagi pada bulan puasa atau Ramadan, ia mendapat tempat.

Namun, ramai tidak mengetahui kaedah memprosesnya.

Pokok kabung merupakan satu spesies pokok palma dengan batangnya mempunyai pelepah dan banyak ditemui hidup liar di hutan belantara negara ini.

Di sesetengah tempat buah kabung dikenali sebagai enau atau nau. Buahnya bertangkai dan berbentuk seakan-akan buah pinang.

Bagi pasangan Mohd. Kassim Sudin, 51, dan Siti Fatimah Md. Daud, 48, dari Kampung Kaki Bukit, Rambong dekat sini, kerja memetik buah kabung agak sukar kerana memerlukan kepakaran tertentu.

Mohd. Kassim yang telah berpuluh tahun mengusahakan perniagaan buah kabung berkata, selain pandai memanjat, pemetiknya juga perlu lasak kerana tandan dan tangkai buah mempunyai debu dan mengeluarkan getah yang menyebabkan badan menjadi gatal.

"Proses mengeluarkan isi kabung bermula dengan merebus buahnya dalam air yang mendidih. Buah itu kemudian dipotong pada tampuknya bagi membolehkan isinya keluar dengan mudah menggunakan pengepit kayu.

"Setiap biji buah kabung mempunyai tiga ulas isi yang berwarna putih jernih tetapi isi buah itu tidak boleh dimakan selagi ia tidak direndam dalam air bersih selama tiga hari," jelasnya.

Mohd. Kassim berkata, selain dengan cara merebus, satu lagi kaedah yang boleh digunakan untuk mengeluarkan isi buah kabung ialah dengan membakar tandan buah itu dalam api yang marak.

Tambahnya, isi buah kabung yang siap diproses amat enak dimakan sebagai kudapan iaitu dengan mencampuri air sirap, puding atau ais kacang.

"Namun, isi buah kabung segar juga boleh dimakan begitu saja kerana lembut dan manis secara semula jadi," jelasnya.

Ditanya tentang hasil yang diraih, peniaga itu berkata, walaupun mengusahakan secara kecil-kecilan, dia dan isteri mampu memperoleh hampir RM1,000 sebulan dengan menjualnya di pasar malam.

"Harga yang dijual adalah sekitar RM13 sekilogram atau RM3 bagi setiap bungkusan kecil yang mengandungi kira-kira 10 biji buah kabung yang siap diproses," katanya ketika ditemui pemberita dekat sini baru-baru ini.

Tambahnya, harga buah kabung juga dikesan meningkat sejak kebelakangan ini ekoran diancam kepupusan.

"Banyak kawasan hutan diterokai di samping pokok-pokok mati akibat keadaan cuaca tidak menentu," katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:51
Zohor 1:22
Asar 4:44
Maghrib 7:30
Isyak 8:43

 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
PRK Bukit Gelugor
Utusan Live di PRK Parlimen Bukit Gelugor
PRK Teluk Intan
Utusan Live di PRK Parlimen Teluk Intan
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.