VERSI : Mobile | Akhbar Digital
2 September 2014 / 7 Zulkaedah 1435  
  Carian Arkib
SELATAN

ARKIB : 16/08/2011

Santai di Kelong Abu


Kelong Abu yang dilengkapi dengan empat bilik tidur dan kemudahan untuk memancing. - utusan/ AMRAN MULUP


JASIN 15 Ogos - Aktiviti memancing semakin digemari oleh pelbagai lapisan umur masyarakat. Tidak kira individu atau keluarga, aktiviti ini mampu mengubat kebosanan khusus di hujung minggu.

Hampir setiap cuti hujung minggu atau cuti umum pastinya beberapa lokasi di sekitar bandar raya ini menjadi tumpuan kaki pancing melepaskan 'gian'.

Tumpuan utama penduduk di negeri ini untuk memancing adalah di Pantai Puteri, Dataran 1Malaysia Klebang, Dataran Eye On Malaysia, Pulau Gadong, Pantai Lereh, Limbungan, dan Jambatan Pulau Melaka.

Tidak kurang pula kaki pancing yang kurang minat memancing di pantai kerana sukar untuk mendapatkan ikan tetapi beralih memancing di kelong.

Memancing di kelong kini menjadi aktiviti utama sebahagian daripada penduduk di negeri ini kerana ia lebih santai tanpa sebarang gangguan.

Kerana itu, di sekitar Serkam, ada nelayan dan individu mengusahakan kelong memancing yang dilihat dapat menghasilkan pendapatan tambahan.

Selain Serkam, Sempang dan Anjung Batu, terdapat beberapa kelong memancing yang menjadi tumpuan kaki pancing tegar.

Tetapi kelong terbabit hanya mampu menampung antara 10 dan 25 orang bagi satu-satu masa untuk memancing dan jika berlebihan orang, ia membawa risiko kelong runtuh.

Terbaru, Kelong Abu yang terletak berhampiran jeti Pantai Siring, Kampung Pulai, Serkam kini menjadi tumpuan kaki pancing menghabiskan cuti hujung minggu.

Terletak kira-kira 18 kilometer dari Bandaraya Melaka, Kelong Abu menjanjikan pulangan yang lumayan dan menceriakan kaki pancing.

Pelbagai spesies ikan mampu ditawan di kelong tersebut, antaranya ialah kurau, serkot, jenahak, senangin, pari, sembilang dan gelama.

Terletak kira-kira 18 kilometer dari Banda Hilir. Untuk sampai ke sana, anda hanya perlu melalui jalan ke Serkam dan masuk ke jeti Anjung Batu dan hanya 1 kilometer sampai ke Jeti Nelayan Pantai Siring, Kampung Pulai di sini.

Dari jeti tersebut ia hanya memakan masa antara lima hingga enam minit dengan menaiki bot untuk sampai ke Kelong Abu.

Cukup selesa! Itulah yang dapat digambarkan apabila berjaya menjejakkan kaki di atas kelong milik Amran Mohd. Zan.

Bekas kelong menternak kupang diubahsuai untuk dijadikan tempat untuk orang melepaskan 'gian' memancing dari malam hingga ke pagi esoknya.

Dua buah kelong terletak bersebelahan di mana satu daripadanya boleh memuatkan 20 orang pada satu-satu masa di samping mempunyai dua buah bilik untuk melelapkan mata jika terlalu letih.

Kelong satu lagi pula mempunyai dua buah bilik tidur yang cukup selesa dan boleh menampung 10 orang di samping kemudahan tandas.

Setiap kelong mempunyai dapur bagi memudahkan kaki pancing memasak ikan yang dipancing ataupun membuat kopi atau teh tarik untuk membasahkan tekak ketika menanti umpan disambar ikan.

Amran berkata, bermodalkan RM30,000, dia membina kelong untuk memancing setelah melihat aktiviti itu mampu menjana pendapatan tambahan.

''Saya nekad mengeluarkan duit simpanan bagi membina beberapa kemudahan untuk memancing dan alhamdulillah hajat saya sudah tercapai," katanya.

Ujarnya, sambutan amat menggalakkan bukan sahaja daripada kaki pancing dari negeri ini tetapi juga dari Pahang, Kuala Lumpur, Negeri Sembilan, Johor dan Kedah.

Menurutnya, hampir setiap hujung minggu kelongnya akan habis ditempah.

''Syukur, sejak mengusahakan kelong ini, pendapatan saya bertambah," katanya yang dulunya seorang nelayan di situ.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zohor 1:16
Asar 4:23
Maghrib 7:20
Isyak 8:30


 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
PRK Bukit Gelugor
Utusan Live di PRK Parlimen Bukit Gelugor
PRK Teluk Intan
Utusan Live di PRK Parlimen Teluk Intan
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.