VERSI : Mobile | Akhbar Digital
30 September 2014 / 5 Zulhijjah 1435  
  Carian Arkib
DALAM NEGERI

ARKIB : 16/08/2011

Pertandingan Esei Kemerdekaan 1Malaysia tawar RM6,000


Syahrin Md. Jamaludin (tiga dari kanan) bersama kepimpinan Belia 4B pada pelancaran Pertandingan Esei Kemerdekaan 1Malaysia di Johor Bahru, semalam.


JOHOR BAHRU 15 Ogos - Golongan belia serta pelajar yang berasal dari Johor berpeluang menterjemah semangat kemerdekaan dalam bentuk esei dan merebut hadiah wang tunai RM6,000 dalam Pertandingan Esei Kemerdekaan 1Malaysia anjuran Utusan Malaysia dan Gerakan Belia 4B Johor.

Pengerusi Gerakan Belia 4B Johor, Syahrin Md. Jamaludin berkata, pertandingan yang mendapat kerjasama syarikat Fargoes Books Sdn. Bhd. itu diadakan bersempena sambutan Bulan Kemerdekaan dan penulisan esei dipilih kerana ia merupakan kaedah yang sesuai untuk memupuk semangat patriotik di kalangan belia, remaja dan kanak-kanak.

"Antara objektif pertandingan adalah untuk mendekati kelompok generasi muda yang cenderung kepada bidang penulisan selain memberi peluang kepada mereka meluahkan idea dan pandangan melalui saluran yang betul.

"Ia juga adalah antara pendekatan yang memberi pengiktirafan kepada bakat penulisan di kalangan generasi muda," katanya pada majlis pelancaran pertandingan yang diadakan di pejabat Biro Utusan Malaysia Johor di sini, hari ini.

Turut hadir Penolong Pengurus Pemasaran Utusan Melayu (Malaysia) Berhad Wilayah Selatan, Tengku Izaham Tengku Adnan; Timbalan Pengerusi dan Setiausaha Gerakan Belia 4B Johor, Amran Arsat dan Misnan Miskam serta penyelaras pertandingan, Nur Aishah Mat Yunus.

Sementara itu, Tengku Izaham berkata, penganjuran pertandingan menulis esei itu adalah untuk mewujudkan peluang kepaa generasi muda mendekati Utusan Malaysia.

Katanya, sebanyak tiga kategori dipertandingkan iaitu Kategori A (Terbuka Belia), Kategori B (Pelajar Sekolah Menengah) dan Kategori C (Murid Sekolah Rendah) dengan setiap kategori meletakkan dua tajuk esei untuk dihuraikan oleh peserta.

Kategori A meletakkan tajuk, Peranan Belia Memperkasa Peranan 1Malaysia dan Belia Ejen Transformasi Negara manakala tajuk Kategori B ialah Falsafah Kemerdekaan Dari Konteks 1Malaysia dan Makna Kemerdekaan 54 Tahun sementara Kategori C ialah Menghayati Kemerdekaan Ke-54 dan Kemerdekaan Dari Perspektif Pelajar.

Pemenang Kategori A akan menerima hadiah wang RM1,500 beserta buku dan sijil diikuti tempat kedua (RM1,000) dan tempat ketiga (RM700).

Hadiah RM1,000 beserta buku dan sijil menanti pemenang Kategori B diikuti RM500 bagi tempat kedua dan RM300 bagi tempat ketiga, manakala pemenang Kategori C akan menerima RM500 beserta buku dan sijil, tempat kedua (RM300) dan tempat ketiga (RM200).

Semua penyertaan perlu disertakan dengan lima keratan masthead Utusan Malaysia antara tarikh 16 Ogos hingga 16 September dan dihantar ke alamat Pertandingan Esei Kemerdekaan 1Malaysia, Utusan Melayu (Malaysia) Berhad, No. 24, Jalan Serampang, Taman Pelangi, 80050 Johor Bahru, Johor.

Sebarang pertanyaan mengenai pertandingan boleh menghubungi talian 07-3355738 atau 013-7885726 (Azrin) atau 013-7839538 (Sharul).

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:46
Zohor 1:06
Asar 4:16
Maghrib 7:08
Isyak 8:17


 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN



IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.