VERSI : Mobile | Akhbar Digital
24 April 2014 / 24 Jamadil Akhir 1435  
  Carian Arkib
TERKINI

ARKIB : 10/08/2011

Kes keracunan makanan bazar Ramadan bukan disebabkan kolera

10/08/2011 8:44pm

KLANG 10 Ogos - Jabatan Kesihatan Selangor mengesahkan kes keracunan makanan yang dialami dua keluarga yang dipercayai berpunca daripada juadah berbuka puasa di sebuah Bazar Ramadan di kawasan Meru dekat sini, bukan akibat wabak kolera.

Pengarahnya Azman Abu Bakar berkata, pihaknya telah mengambil sampel najis daripada kesemua mangsa keluarga terbabit untuk dianalisis dan keputusan mendapati ia negatif kolera ataupun taun.

“Mula-mula kita syak taun atau pun kolera dan keputusan sampel analisis mendapati (kes keracunan makanan) bukan disebabkan wabak kolera,” katanya.

Akhbar melaporkan seorang kanak-kanak perempuan berumur 11 tahun meninggal dunia Isnin lepas setelah muntah dan cirit-birit dan keluarganya pula dimasukkan ke hospital selepas mengalami simptom yang sama, dipercayai setelah menikmati juadah berbuka puasa seperti otak-otak serta air batu campur di sebuah bazar Ramadan di kawasan Meru. - Bernama

Utusan Online on Facebook
Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:47
Zohor 1:14
Asar 4:29
Maghrib 7:20
Isyak 8:31
 
 



IKLAN@UTUSAN



BANCIAN ONLINE
IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.