VERSI : Mobile | Akhbar Digital
18 September 2014 / 23 Zulkaedah 1435  
  Carian Arkib
LUAR NEGARA

ARKIB : 06/08/2011

Kemarau di Somalia makin buruk


Pelarian Somali berbaris menunggu giliran untuk mendaftar mendapatkan bantuan di khemah pelarian Dagahaley di kompleks Dadaab untuk menerima bantuan makanan, semalam. AFP


GENEVA 5 Ogos - Persatuan Palang Merah Antarabangsa mengumumkan tambahan peruntukan bagi membantu masalah kebuluran yang dihadapi rakyat Somalia akibat musim kemarau, keganasan dan pergolakan politik dalaman.

Masalah kekurangan zat makanan di kalangan kanak-kanak Somalia pada usia lima tahun kini berada di atas paras 20 peratus dan semakin meningkat.

Presiden Jawatankuasa Palang Merah Antarabangsa (ICRC), Jakob Kellenberger memohon bantuan dana sebanyak AS$86 juta (RM258 juta) untuk membantu kira-kira 1.1 juta rakyat Somalia yang menderita akibat kebuluran.

"ICRC Geneva telah menghantar bantuan bekalan makanan serta ubat-ubatan terbesar dalam tahun ini untuk keperluan 162,000 penduduk di tengah dan selatan Somalia," katanya.

Sementara itu, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) berkata, ramai penduduk Somalia mati akibat kemarau dan seramai 640,000 kanak-kanak mengalami masalah kekurangan zat makanan.

Somalia turut berhadapan dengan keganasan daripada militan rangkaian al-Qaeda yang menguasai wilayah-wilayah bermasalah.

"Palang Merah sedang mengadakan perbincangan dengan 'jawatankuasa kemarau' yang ditubuhkan kumpulan militan rangkaian al-Qaeda, Al-Shabab berhubung isu kebuluran, namun tiada sebarang penyerahan duit atau pampasan diberi kepada mereka," ujar Kellenberger.

Kumpulan tersebut bagaimanapun menafikan isu terbabit dan tidak membenarkan Program Makanan Dunia menghulurkan bantuan kepada penduduk Somalia.

Sementara itu, berpuluh-puluh ribu pelarian Somalia melarikan diri ke tengah selatan negara itu bagi mendapatkan makanan di kem pelarian di Ethiopia, Kenya dan Mogadishu.

Sementara itu, sekurang-kurangnya lima orang terbunuh apabila sekumpulan lelaki bersenjata menyerang sebuah kem pelarian di ibu negara Somalia dan mencuri bantuan makanan,

Menurut saksi yang juga seorang pemandu. Abdikadir Mohamed, lima orang terbunuh di tempat kejadian selepas puak militan melepaskan tembak untuk merampas bantuan makanan tersebut. - AFP

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:48
Zohor 1:10
Asar 4:13
Maghrib 7:13
Isyak 8:22



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.