VERSI : Mobile | Akhbar Digital
1 Ogos 2014 / 5 Syawal 1435  
  Carian Arkib
MAHKAMAH

ARKIB : 04/08/2011

Bapa Saiful mohon Suhakam teliti kes Anwar

KUALA LUMPUR 3 Ogos - Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) diminta meneliti perkara yang boleh menyebabkan perbicaraan kes liwat melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim ke atas Mohd. Saiful Bukhari Azlan pada 8 Ogos depan ditangguhkan.

Bapa mangsa, Azlan Mohd. Lazim berkata, beliau percaya anaknya, Mohd. Saiful Bukhari perlu mendapat hak untuk diadili dalam tempoh munasabah.

"Saya percaya bahawa hak anak saya sebagai mangsa dan warganegara yang dilindungi haknya menurut Perlembagaan perlu mendapat hak untuk diadili aduannya," katanya.

Namun katanya, perbicaraan anaknya sehingga kini telah berlangsung selama tiga tahun akibat perkara yang mempunyai implikasi penangguhan.

"Saya amat berbesar hati sekiranya pihak Suhakam dapat meneliti hal-hal keadaan dalam perkara-perkara yang mempunyai implikasi penangguhan bagi perbicaraan kes tersebut," katanya dalam surat kepada Suhakam yang difaks kepada Utusan Malaysia di sini, hari ini.

Pada 13 Julai lalu, Anwar diperintahkan memberi keterangan bela diri atas pertuduhan liwat mulai 8 hingga 26 Ogos ini setelah pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie atas pertuduhan tersebut.

Anwar mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen pada 7 Ogos 2008 terhadap pertuduhan meliwat Mohd. Saiful Bukhari di Kondominium Desa Damansara di Bukit Damansara antara 3.10 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun tahun yang sama.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zohor 1:22
Asar 4:43
Maghrib 7:30
Isyak 8:42

 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
PRK Bukit Gelugor
Utusan Live di PRK Parlimen Bukit Gelugor
PRK Teluk Intan
Utusan Live di PRK Parlimen Teluk Intan
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.