VERSI : Mobile | Akhbar Digital
21 April 2014 / 21 Jamadil Akhir 1435  
  Carian Arkib
MUKA HADAPAN

ARKIB : 02/08/2011

Belanja secara berhemah




KUALA LUMPUR 1 Ogos – Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengingatkan semua pihak agar berbelanja secara berhemah dan tidak melakukan pembaziran sepanjang menjalani ibadat puasa di bulan Ramadan ini.

Menurut Perdana Menteri, ia selaras dengan semangat yang dianjurkan oleh Ramadan iaitu bulan yang telah disediakan Allah sebagai satu medan untuk membina kualiti keimanan serta ketakwaan.

Jelasnya, menepati semangat Ramadan dan bagi mengutamakan kebajikan serta membantu meringankan beban rakyat, kerajaan telah menambah satu lagi Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) iaitu memerangi kos kehidupan yang kian meningkat.

“Justeru, bersamalah kita melaksanakan transformasi minda dan jiwa agar Ramadan kali ini bukanlah Ramadan yang sekadar rutin semata-mata.

“Bahkan, inilah Ramadan yang akan meningkatkan dan mengubah kehidupan kita selepas ini dengan menjadi hamba Allah yang lebih hebat ketakwaannya berbanding sebelum ini,’’ kata beliau dalam entri terbaru menerusi blognya, http://www.1malaysia.com.my.

Najib berkata, Ramadan pada hakikatnya adalah bulan yang menggalakkan umat Islam untuk saling bersedekah dan berkongsi juadah berbuka puasa.

Ramadan juga, ujar beliau, merupakan bulan untuk semua pihak menzahirkan keprihatinan terhadap jiran serta rakan-rakan tanpa mengira batas kaum dan agama.

“Inilah masanya untuk kita sama-sama berdiri di dalam satu saf mengerjakan solat berjemaah dan bertarawih. Bulan ini juga menganjurkan kita mengukuhkan tali persaudaraan dan perpaduan sesama kita.

“Pendek kata, suntikan perasaan kerahmatan ini amat sesuai untuk membugarkan Gagasan 1Malaysia. Malah ia membentuk konsep penerimaan sepenuhnya di kalangan masyarakat berbilang kaum di negara ini,’’ katanya.

Jelas Najib, selain berpuasa, Ramadan seharusnya diisi dengan segala bentuk ibadat dan amalan seperti bertarawih, bertadarus, tilawah al-Quran, berzikir dan bermunajat.

Sudah tentu, katanya, antara hikmah segala ibadat tersebut ialah untuk membangunkan segala sifat dan kualiti terpuji di dalam diri.

“Dengan ini, saya dan seisi keluarga mengucapkan selamat menyambut Ramadan kepada umat Islam di samping mensyukuri nikmat kemerdekaan yang kita kecapi.

“Marilah kita bersama mengimarahkan Ramadan ini dengan segala amal kebajikan dan ibadah. Semoga Allah melimpahkan kepada kira dengan seribu rahmat-Nya,’’ tambahnya.

TAJUK-TAJUK BERITA LAIN:
Utusan Online on Facebook
Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:48
Zohor 1:15
Asar 4:28
Maghrib 7:20
Isyak 8:31
 
 



IKLAN@UTUSAN



BANCIAN ONLINE
IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.