ARKIB : 01/08/2011
Bahan kimia bocor: 1,000 diarah kosongkan bangunan
KUALA LUMPUR 1 Ogos – Kira-kira 1,000 pekerja sebuah syarikat di Taman Teknologi Malaysia di Bukit Jalil di sini diarah mengosongkan bangunan pejabat pagi ini susulan kebocoran bahan kimia.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bukit Jalil, Shaari Abdullah berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu pada 9.25 pagi.
“Setelah mengesan bahan tersebut, didapati kebocoran bahan kimia jenis ”Bromomethane” dan ”Chloropicrin” yang merupakan sejenis racun kawalan serangga berbentuk cecair telah tersebar di tingkat bawah dan tingkat satu bangunan itu.
"Sebagai langkah kawalan, kami mengarahkan agar bangunan lapan tingkat itu dikosongkan bagi membolehkan pihak bomba menjalankan proses kawalan dan pembersihan udara,” katanya kepada pemberita, di sini hari ini.
Operasi itu katanya, melibatkan 26 anggota dan pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat Bukit Jalil, Balai Bomba Hang Tuah dan sepasukan anggota Hazmat dari Balai Bomba Jelatek.
Shaari berkata, bahan kimia yang tersebar itu merupakan sejenis toksik yang boleh menyebabkan kerosakan pada saluran pernafasan jika terdedah untuk tempoh yang lama. – Bernama
Isu YDP MAINPP: UMNO Pulau Pinang kesal
Bekas Speaker DUN Perlis meninggal dunia
ASEAN digesa tingkat usaha hapus keganasan
Naza lancar ruang pameran Ducati terbesar di Asia
Tambang haji kekal RM9,980, quota 28,000
Pemuda UMNO bantu lunas cukai rumah P. Ramlee
Najib umum 42 peluang perniagaan inovatif
Kes Anwar saman Chandra dibicarakan 10 Sept.
Penyenaraian Felda Global Ventures diluluskan
Polis tumpaskan sindiket penipuan Macau Scam
Rakyat Malaysia seludup ubat batuk dihukum penjara
PTPTN: Jangan jadi kuda tunggangan pembangkang
Liga Juara-juara: Chelsea tundukkan Barcelona 1-0
Suu Kyi rancang kunjung Britain, Norway pada Jun
Buru gajah di Afrika: Raja Sepanyol mohon maaf
Kes amukan di Oslo: Suspek tak takut dihukum
Misi NATO di Afghanistan kekal hingga 2014
Penularan H5N1: China musnah 95,000 ekor ayam
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||









