VERSI : Mobile | Akhbar Digital
29 Julai 2014 / 2 Syawal 1435  
  Carian Arkib
KELUARGA

ARKIB : 28/07/2011

Syampu Nutri-M hilangkan uban

BERITA baik bagi mereka yang mengalami masalah rambut beruban tetapi kurang yakin dengan keberkesanan produk yang ada di pasaran.

Kini syampu Nutri-M mampu menghilangkan uban dan mengembalikan kehitaman rambut dengan hanya pada cucian pertama.

Ia juga mampu mengurangkan risiko keguguran rambut serta kelemumur.

Produk ini dihasilkan oleh syarikat milik bumiputera, Nutri Enterprise, yang diusahakan secara bersama di antara Sharifah Norita Syed Abdullah, Noraziah Abdul Latif dan Sabariah Ahmad.

Menurut pengasasnya, Sharifah Norita, syampu yang diletakkan di bawah jenama Nutri-M itu bukanlah pewarna malah ia turut disahkan bebas daripada sebarang bahan kimia oleh Kementerian kesihatan serta berstatus halal.

Oleh yang demikian pengguna tidak perlu meragui kandungan syampu ini serta boleh digunakan tanpa was-was.

Apa yang menarik mengenai inovasi produk bumiputera itu ialah ia dihasilkan daripada resipi tradisi turun temurun.

"Antara herba tradisional yang digunakan untuk menghasilkan syampu ini ialah minyak kelapa, daun urang aring, kayu beluru yang juga dikenali sebagai sintok dan buah billberry laut yang mengandungi vitamin dan nutrien yang baik untuk kesihatan rambut," katanya ketika ditemui baru- baru ini.

Tambahnya lagi, memandangkan produk itu dirumus 100 peratus daripada herba serta tidak meninggalkan kesan sampingan, ia sesuai digunakan oleh lelaki dan wanita dari semua peringkat umur kecuali kanak kanak.

Hasil yang ketara dapat dilihat pada cucian pertama selain rambut menjadi hitam ia juga membuatkan rambut lembut dan bersinar.

Mengulas lanjut mengenai produknya, Sharifah memberitahu, syampu tersebut disaran digunakan sekali seminggu untuk memperoleh hasil yang dikehendaki dan penggunaannya adalah semudah syampu biasa.

Pada masa kini, syampu keluaran Nutri Enterprise mendapat sambutan yang amat mengalakkan daripada pelanggan seluruh Malaysia serta telah menembusi pasaran Singapura dan juga Indonesia.

Bagaimanapun ujar Sharifah lagi, pihaknya masih lagi mencari pengedar dan stokis bagi mengembangkan sayap perniagaan di seluruh negara.

Nutri-M dijual pada harga RM55 sekotak yang mengandungi empat paket syampu untuk kegunaan sebulan.

Bagi sesiapa yang berminat untuk menjadi pengedar, modal permulaan adalah serendah RM528 dengan keuntungan yang diperoleh antara 20 hingga 50 peratus.

Orang ramai yang ingin mendapatkan syampu tersebut atau berminat untuk menjadi pengedar boleh menghubungi talian 019-3117254 atau email kan sebarang pertanyaan ke nutrienterprise@yahoo.com.

Untuk keterangan lanjut berkaitan produk sila layari http://nutri-M.blogspot.com.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:51
Zohor 1:23
Asar 4:44
Maghrib 7:30
Isyak 8:43

 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
PRK Bukit Gelugor
Utusan Live di PRK Parlimen Bukit Gelugor
PRK Teluk Intan
Utusan Live di PRK Parlimen Teluk Intan
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.