VERSI : Mobile | Akhbar Digital
22 Ogos 2014 / 26 Syawal 1435  
  Carian Arkib
DALAM NEGERI

ARKIB : 28/07/2011

Pelabur Dana Johor terima saham akhir tahun

JOHOR BAHRU 27 Julai - Kira-kira 35,000 pemegang saham dalam Dana Johor dijangka menerima kembali pelaburan mereka dalam penghujung tahun ini kerana Johor Corporation (JCorp) kini telah memiliki keupayaan kewangan dan berada dalam fasa akhir penstrukturan semula.

Presiden MCA, Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek berkata, maklumat tersebut diterima daripada Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman sendiri dalam satu pertemuan khas dengan 23 pemimpin MCA pada 11 Julai lalu dan ia diharap dapat menjadi penutup kepada isu yang telah diperkatakan dan dipolitikkan oleh pembangkang selama kira-kira 10 tahun.

"Saya juga mahu menekankan bahawa pemegang saham Cina dalam Dana Johor adalah 49 peratus Jadi sepatutnya tidak timbul dakwaan ia adalah isu orang Cina yang tidak mahu diselesaikan oleh kerajaan," katanya pada sidang akhbar di Pejabat MCA Johor Bahru, di sini, semalam.

Dana Johor sebelum ini dijual pada harga RM1 seunit sebelum mengalami susut nilai kepada RM0.20 dan sebelum ini pemegang saham dibenarkan menjual semula unit-unit milik mereka pada RM0.50.

Kata Soi Lek lagi, mereka yang sebelum ini telah menjual semula unit masing-masing pada harga tersebut juga akan mendapat semula baki pelaburan yang telah dibuat.

Menyentuh mengenai persiapan pilihan raya umum, MCA akan terus berusaha keras dan yakin rakyat negeri ini akan terus menyokong Barisan Nasional walaupun pembangkang dilihat telah telah pergi ke merata tempat dengan membuat pelbagai tohmahan kepada kerajaan.

Beliau turut menyatakan beberapa isu yang telah diselesaikan di negeri ini iaitu, tempat ibadat orang bukan Islam, pengurangan premium tanah perkuburan yang diuruskan persatuan di Muar, Pontian dan Batu Pahat.

"Kerajaan negeri juga memberi peruntukan RM5 juta dari kerajaan negeri untuk sekolah Cina dan bantuan RM100,000 untuk sekolah Cina bebas. Malah Menteri Besar juga menyokong pendidikan bahasa ibunda melalui pemberian tanah untuk pemindahan, penambahan dan pembinaan bangunan baru sekolah Cina," katanya lagi.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:53
Zohor 1:19
Asar 4:32
Maghrib 7:24
Isyak 8:35

 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
PRK Bukit Gelugor
Utusan Live di PRK Parlimen Bukit Gelugor
PRK Teluk Intan
Utusan Live di PRK Parlimen Teluk Intan
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.