ARKIB : 28/07/2011
FDI diunjur lebih tinggi
![]() |
|
Dari kiri: Jalilah Baba, Kamal Malhotra, Mustapa Mohamed, Masataka Fujita dan Timbalan Menteri MITI, Jacob Dungau Sagan menunjukkan Laporan Pelaburan Dunia Persidangan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Perdagangan dan Pembangunan (UNCTAD) 2011 di Kuala Lumpur. |
KUALA LUMPUR 27 Julai — Pelaburan langsung asing (FDI) ke Malaysia dijangka mencecah AS$10 bilion (RM30 bilion) tahun ini, melepasi AS$9.1 bilion (RM27.3 bilion) yang direkodkan tahun lepas.
Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata pemulihan trend FDI dunia yang disokong oleh inisiatif kerajaan seperti program transformasi ekonomi (ETP), merupakan pemacu utama pelaburan asing itu.
“Berdasarkan pertanyaan yang diterima MIDA (Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia) dan MITI (Kementerian Perdagangan Antarabangsa Industri), kami yakin minat yang lebih kukuh tahun ini,” katanya selepas melancarkan Laporan Pelaburan Dunia Persidangan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu mengenai Perdagangan dan Pembangunan (UNCTAD) 2011 di sini hari.
Turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif MIDA, Datuk Jalilah Baba, Penyelaras Residen Malaysia, Kamal Malhotra dan Ketua Cawangan Isu dan Arah Hala Pelaburan Bahagian Pelaburan dan Perusahaan UNCTAD, Masataka Fujita.
Mustapa berkata, pada suku pertama sahaja, jumlah FDI memasuki Malaysia bernilai AS$3.7 bilion (RM11.1 bilion) yang bersamaan 40 peratus daripada keseluruhan FDI ke Malaysia tahun lepas.
Dengan prestasi separuh kedua diunjurkan lebih baik berbanding separuh pertama, hasil rangsangan pelaksanaan projek-projek Program Transformasi Ekonomi, unjuran AS$10 bilion (RM30 bilion) itu mampu dicapai, katanya.
Tahun lepas jumlah FDI ke Malaysia mencatat paras tertinggi AS$9.1 bilion (RM27.3 bilion), peningkatan 536 peratus berbanding AS$1.43 bilion (RM4.29 bilion) pada 2009, berikutan kedudukan ekonomi yang lebih baik yang pulih daripada krisis kewangan pada tahun sebelumnya.
Laporan UNCTAD itu menyediakan data menyeluruh daripada sumber yang sah serta analisis mengenai trend global ke atas pelaburan, pembangunan perusahaan dan isu berkaitan.
Bertajuk “mod bukan ekuiti pembangunan dan pengeluaran antarabangsa” , laporan itu juga mengunjurkan FDI global akan berkembang lima peratus tahun ini untuk mencecah paras prakrisis sebanyak AS$1.4 trilion hingga AS$1.6 trilion (RM4.2 trilion hingga (RM4.8 trilion). – BERNAMA
IHP Mei naik 1.6 peratus kepada 106.2
Dua taman tema saling melengkapi
Etiqa jangka premium tumbuh 20 peratus
Mesyuarat perundingan bajet tumpu pada kewangan Islam
Mesyuarat perundingan bajet tumpu kewangan Islam
Syarikat tempatan harus guna logistik halal
Perodua akui penurunan harga
bioekonomi: Malaysia komited
MIDA agih RM139 juta
Masa sesuai untuk laksana GST - pakar ekonomi
FTA Malaysia-Australia tingkat dagangan dua hala
Harga saham ditutup kukuh
Niaga hadapan KLIBOR tak berubah
Pasaran wang: Kadar jangka pendek ditutup kukuh
Ringgit ditutup rendah banding dolar AS
Tiada konflik pengambilalihan Yinson - Mokhzani
Harga getah ditutup rendah
Jualan kenderaan penumpang, perdagangan menurun
Astro jangka perolehan lebih tinggi
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||











