VERSI : Mobile | Akhbar Digital
23 April 2014 / 23 Jamadil Akhir 1435  
  Carian Arkib
TERKINI

ARKIB : 27/07/2011

Empat warna Jalur Gemilang, ramuan kejayaan negara - Najib

27/07/2011 5:36pm

KUALA LUMPUR 27 Julai - Datuk Seri Najib Tun Razak meminta rakyat negara ini mengibarkan Jalur Gemilang dengan berkata, empat warna yang terdapat pada bendera kebangsaan itu merupakan ramuan untuk melonjakkan negara ke tahap lebih tinggi.

Perdana Menteri berkata, jalur-jalur yang terbentang pada bendera itu seolah-olah kiasan kepada pelan transformasi yang diperjuangkan oleh kerajaan.

"Empat warna (merah, biru, kuning dan putih) menandakan empat prinsip yang merupakan tonggak kepada negara, katanya ketika berucap pada majlis pelancaran Kibar Jalur Gemilang di Stesen KL Sentral di sini hari ini.

Ketika menggariskan empat prinsip itu, Najib berkata, prinsip pertama ialah ketika dalam apa jua keadaan rakyat mesti menyanjung perpaduan nasional kerana ia merupakan tonggak kepada negara, dan prinsip kedua pula untuk menjayakan negara, rakyat mesti mempunyai nilai untuk sama-sama berjuang dan berkorban untuk kepentingan negara.

Bagi prinsip ketiga pula, beliau berkata untuk mencapai apa sahaja pun, rakyat perlu menghargai nilai keharmonian dan keamanan dalam negara, manakala prinsip keempat, untuk mencapai wawasan negara, rakyat Malaysia mesti menunjukkan akal budi serta keluhuran jati diri yang merupakan satu daripada kekuatan untuk negara. - Bernama

Utusan Online on Facebook
Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:48
Zohor 1:14
Asar 4:29
Maghrib 7:20
Isyak 8:31
 
 



IKLAN@UTUSAN



BANCIAN ONLINE
IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.