ARKIB : 27/07/2011
Hayati konsep pembelajaran sepanjang hayat
TANJUNG MALIM 26 Julai - Para guru dinasihatkan supaya menghayati konsep pembelajaran sepanjang hayat bagi menjamin profesion itu sentiasa mapan dengan ilmu-ilmu terbaru.
Raja Permaisuri Perak, Tuanku Bainun bertitah, golongan tersebut perlu menghindari perbuatan mencari helah bagi mengelakkan daripada mengikuti kursus-kursus tambahan atau perkembangan profesional.
"Peranan guru yang optimum diperlukan untuk mentransformasikan sistem pendidikan negara.
"Pendidikan yang jumud dan beku tanpa perubahan berdasarkan keperluan semasa akan hanya melahirkan pelajar jumud dan ketinggalan zaman," titah baginda pada Istiadat Konvokesyen Ke-13, Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI) di sini, hari ini.
Justeru itu, baginda yang juga merupakan Canselor UPSI bertitah, bakal-bakal guru diharap mempunyai sifat akomodatif serta mampu menjuarai transformasi pendidikan negara.
Baginda turut berharap agar pihak universiti terus mempersiapkan bakal-bakal guru tersebut dengan ilmu dan kemahiran yang mencukupi bagi mereka menghadapi cabaran di sekolah terutama kemahiran menganalisis dan menangani masalah.
"Pelajar hendaklah dilatih berfikir secara kritis dan kreatif, di samping mempunyai nilai dan budi pekerti yang mulia serta bersifat profesional, berintegriti dan beretika.
"Bakal-bakal guru juga hendaklah diajar membuat penyelidikan bagi menjadikan mereka golongan yang paling informatif tentang apa yang berlaku dalam bilik darjah.
"Beta mengesyorkan supaya guru bersedia menyuburkan budaya penyelidikan agar dapat mengumpul data-data yang boleh digunakan untuk memperbaiki amalan pedagogi dan membantu proses pembelajaran murid," titah baginda.
Tuanku Bainun turut menyeru golongan tersebut supaya peka tentang kebolehan serta merealisasikan bakat pelajar mereka agar mereka tidak tercicir dalam pendidikan.
"Beta percaya setiap pelajar mempunyai potensi yang perlu digilap dan dikembangkan," kata Tuanku Bainun.
Nostalgia UM
Pelajar msu lawat China
Jadi pilihan
Larian kebajikan
Hargai wira
MoU dengan lima IPT
Maxis taja biasiswa MSEA
Berat badan turun sambil bekerja
Program baru UMP
Anugerah diraja
Misi 100 jam
UKM tumpu ekopelancongan
Makmal UniMap diperakui
Jadi remaja rasional, bukan emosional
Pengurusan bencana alam
Pendidikan maya di sekolah
UiTM sedia 50,000 tempat
Kolej Integrasi Ilmu dijenama semula
UTM menang 11 pingat emas, perak
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||









