ARKIB : 27/07/2011
Kibar Jalur Gemilang tanpa kira fahaman politik
KUALA LUMPUR 27 Julai - Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim mahu rakyat menyahut kempen Kibar Jalur Gemilang dengan sepenuh hati tanpa mengira ideologi politik dan budaya mereka.
Beliau berkata, pengibaran Jalur Gemilang merupakan simbol kewujudan negara dan bukannya berkaitan dengan idea politik atau perbezaan pendapat.
“Sambutan (kemerdekaan) kali ini menandakan manifestasi perjuangan dan menandakan keseimbangan yang dapat disambut oleh semua rakyat Malaysia.
“Mari kita sama-sama menghayati tema Transformasi Berjaya Rakyat Sejahtera sebagai memperjuangkan gagasan 1Malaysia yang membawa negara ke satu arena yang baru,” katanya ketika berucap pada majlis pelancaran Kempen Kibar Jalur Gemilang di Stesen KL Sentral di sini, hari ini.
Pelancaran kempen itu disempurnakan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, yang tiba di Stesen KL Sentral dengan menaiki tren KLIA Transit dari Stesen Putrajaya Sentral. - Bernama
Isu YDP MAINPP: UMNO Pulau Pinang kesal
Bekas Speaker DUN Perlis meninggal dunia
ASEAN digesa tingkat usaha hapus keganasan
Naza lancar ruang pameran Ducati terbesar di Asia
Tambang haji kekal RM9,980, quota 28,000
Pemuda UMNO bantu lunas cukai rumah P. Ramlee
Najib umum 42 peluang perniagaan inovatif
Kes Anwar saman Chandra dibicarakan 10 Sept.
Penyenaraian Felda Global Ventures diluluskan
Polis tumpaskan sindiket penipuan Macau Scam
Rakyat Malaysia seludup ubat batuk dihukum penjara
PTPTN: Jangan jadi kuda tunggangan pembangkang
Liga Juara-juara: Chelsea tundukkan Barcelona 1-0
Suu Kyi rancang kunjung Britain, Norway pada Jun
Buru gajah di Afrika: Raja Sepanyol mohon maaf
Kes amukan di Oslo: Suspek tak takut dihukum
Misi NATO di Afghanistan kekal hingga 2014
Penularan H5N1: China musnah 95,000 ekor ayam
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||










