ARKIB : 26/07/2011
Perasmian kibar Jalur Gemilang semai perpaduan
![]() |
|
RAIS Yatim menampal pelekat pada teksi ketika melawat raptai Pelancaran Kempen Kibarkan Jalur Gemilang 2011 di KL Sentral, semalam. Turut bersama Ketua Setiausaha Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Kamaruddin Siaraf (kanan). - BERNAMA |
KUALA LUMPUR 25 Julai - Majlis perasmian kempen mengibarkan Jalur Gemilang yang bakal berlangsung Rabu ini di Stesen KL Sentral akan menyajikan persembahan elemen menyemai rasa kekitaan dan perpaduan di kalangan rakyat.
Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim berkata, kempen dengan tema 'Transformasi Berjaya, Rakyat Sejahtera' itu akan dilancarkan pada majlis itu oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dengan diiringi Menteri-menteri Kabinet.
Rais hari ini meninjau acara raptai penuh majlis perasmian itu yang bermula dengan Perdana Menteri bersama menteri akan menaiki tren KLIA Transit dari Stesen Putrajaya Sentral terus ke KL Sentral sebelum acara sambutan bermula.
Beliau berkata, tahun ini kerajaan akan menegaskan langkah pengibaran Jalur Gemilang oleh rakyat sebagai tanda kejayaan rakyat menerima program transformasi yang dirancang kerajaan.
"Tahun ini kita juga akan menegaskan tentang pengibaran Jalur Gemilang itu sebagai tanda mercu bagi menerima program perubahan besar dalam kerajaan untuk kebaikan rakyat dan masyarakat kita," katanya di Stesen KL Sentral di sini.
Rais menyeru rakyat di seluruh Lembah Klang agar memenuhi ruang yang ada di stesen itu untuk sama-sama menjayakan pelancaran kempen itu.
Dalam raptai penuh yang dijalankan kira-kira pukul 3 petang tadi, terdapat satu segmen dalam pelancaran itu yang menayangkan video ucapan semua Ketua Menteri dan Menteri Besar seluruh negara berkenaan kempen mengibarkan Jalur Gemilang termasuk negeri-neger yang dikuasai pembangkang. - BERNAMA
Pencegahan jenayah ditingkat
PDRM, SPRM jalin kerjasama tingkat integriti anggota, pegawai
Kerajaan hormati pendirian NGO
Rakyat diminta pilih MAS, Firefly
Izan nafi terima bantuan AirAsia
'Balaslah sokongan pengundi'
Dua bulan siapkan strategi
Ibu bangga anak tawan Everest
Malaysia di landasan terbaik capai Wawasan 2020
Noh akui gagal bantu Barisan Nasional tawan semula Selangor
Pusat media festival dirasmi
Elak ke kawasan rekreasi berisiko
Lata Bayu ditutup sementara waktu
Simbol perpaduan UMNO-Pas
Sunni, Syiah usah berbalah
Bahaya demonstrasi jalanan
RON97 turun 20 sen malam semalam
Najib terima kunjungan Ketua Pengarah UNESCO
KUNJUNGAN HORMAT
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||










