VERSI : Mobile | Akhbar Digital
24 April 2014 / 24 Jamadil Akhir 1435  
  Carian Arkib
JOHOR

ARKIB : 22/07/2011

Sukan erat perpaduan kaum


Peserta Selatan FC turut menyertai Cabaran Futsal Utusan-JPMM DUN Puteri Wangsa di Kompleks Futsal Daya Point, Taman Daya, Johor Bahru, baru-baru ini.


JOHOR BAHRU 21 Julai – Futsal kini menjadi salah satu sukan yang paling popular dalam kalangan generasi muda di negara ini.

Justeru, tidak hairanlah apabila banyak gelanggang baru didirikan selain penganjuran pelbagai kejohanan futsal.

Utusan Malaysia tidak mahu ketinggalan dalam memeriahkan lagi sukan futsal tersebut dengan menganjurkan Cabaran Futsal Utusan-JPMM DUN Puteri Wangsa 2011 pada Ahad lalu bersama Jawatankuasa Penyelarasan Mukim-mukim (JPMM) Dewan Undangan Negeri (DUN) Puteri Wangsa dan Rohaizat Corporation (M) Sdn. Bhd.

Sebanyak 70 pasukan termasuk tujuh pasukan wanita mengambil bahagian dalam kejohanan yang berlangsung di Kompleks Daya Point, Taman Daya, di sini.

Antara pasukan yang mengambil bahagian termasuk pasukan BBFC, GBGA, Najaha FC, Infiniti, Surya FC, FFFC dan Selatan FC.

Majlis perasmian pertandingan tersebut disempurnakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Puteri Wangsa, Datuk Abdul Halim Suleiman. Turut hadir, Pengarang Utusan Malaysia, Hassan Mohd. Noor dan Pengarah Urusan Rohaizat Corporation, Rohaizat Yaacob.

Menurut Abdul Halim, penganjuran futsal yang julung kali itu bertujuan melahirkan masyarakat yang sihat dengan bersukan.

“Sukan ini juga diharap dapat mengeratkan perpaduan dalam kalangan masyarakat berbilang kaum yang mengambil bahagian.

“Pertandingan ini juga boleh digunakan sebagai platform untuk mencari bakat-bakat baru dalam sukan futsal,” katanya sambil berharap penglibatan generasi muda dalam aktiviti sihat seperti itu dapat menghindari mereka terjebak dalam aktiviti kurang bermanfaat.

Bagi kategori Lelaki Terbuka, pasukan BBFC A muncul juara selepas membelasah pasukan GBGA 4-0 pada perlawanan akhir.

Kemenangan tersebut melayakkan pasukan BBFC A membawa pulang wang tunai RM2,000, piala pusingan, piala kejohanan, medal serta sijil penyertaan, manakala pasukan GBGA menerima RM1,000, medal dan sijil penyertaan.

Pasukan BBFC B yang menduduki tempat ketiga menerima wang tunai RM700, medal dan sijil penyertaan manakala pasukan Mahsuri yang meraih tempat keempat membawa pulang RM300, medal dan sijil penyertaan.

Bagi kategori Terbuka Wanita, pasukan Najaha FC muncul johan apabila menewaskan pasukan Infiniti menerusi sepakan penalti dengan jaringan 3-2 setelah kedua-dua pasukan terikat tanpa mata sehingga tamat perlawanan.

Pasukan Najaha FC membawa pulang wang tunai RM1,000, piala pusingan, piala kejohanan, medal dan sijil penyertaan, manakala Infiniti menerima wang tunai RM500, medal dan sijil penyertaan.

Pasukan RJ yang menduduki tempat ketiga menerima RM300, medal dan sijil penyertaan, manakala pasukan Selatan FC meraih tempat keempat menerima RM150, medal dan sijil penyertaan.

Fakrul Faiz Mohd. Nizam yang mewakili pasukan BBFC A dinobatkan sebagai pemain terbaik lelaki, manakala Fudzia Abdullah daripada pasukan Najaha FC dipilih sebagai pemain terbaik wanita.

Sementara itu, pasukan pilihan JPMM DUN Puteri Wangsa berjaya menewaskan pilihan Utusan Malaysia/Rohaizat dengan mata 2-0 pada perlawanan persahabatan sebelum aksi final berlangsung.

Bagi memeriahkan pertandingan, Utusan Malaysia turut menganjurkan peraduan mewarna bagi kanak-kanak berusia empat hingga enam tahun serta pertandingan teka kacang.

Utusan Online on Facebook
Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:47
Zohor 1:14
Asar 4:29
Maghrib 7:20
Isyak 8:31
 
 



IKLAN@UTUSAN



BANCIAN ONLINE
IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.