VERSI : Mobile | Akhbar Digital
1 Ogos 2014 / 5 Syawal 1435  
  Carian Arkib
MAHKAMAH

ARKIB : 16/07/2011

Fitnah: CTOS diperintah bayar RM200,000

KUALA LUMPUR 15 Julai - Mahkamah Tinggi di sini hari ini memerintahkan syarikat rujukan kredit, Credit Tip Off Sdn. Bhd. (CTOS) membayar ganti rugi RM200,000 kepada seorang bekas eksekutif kanan Petronas kerana memfitnahnya dengan menyalurkan maklumat kredit yang tidak tepat, kira-kira enam tahun lalu.

Pesuruhjaya Kehakiman, Siti Khadijah Sheikh Hassan Badjenid turut memerintahkan jumlah ganti rugi itu dibayar dengan faedah lapan peratus mulai hari ini sehingga penyelesaian penuh kes tersebut.

Dalam penghakiman bertulis beliau, hakim menyatakan pemberian maklumat yang tidak tepat telah memberikan gambaran yang negatif ke atas seseorang individu sebagaimana berlaku ke atas plaintif, Shafie Abd. Rahman, 55.

''Pada pendapat mahkamah, defendan telah cuai. Mana-mana individu yang menjalankan perniagaan membabitkan individu lain dalam urusannya, lebih-lebih lagi tanpa kebenaran individu terbabit, sudah tentu mempunyai kewajipan untuk melaksanakan standard pengawasan serta kemahiran dalam urusannya agar tidak menjejaskan hak asasi orang lain,'' katanya.

Oleh yang demikian, selepas meneliti keterangan dan berdasarkan rumusan imbangan kebarangkalian, Hakim Siti Khadijah mendapati terdapat bukti mencukupi berlakunya fitnah dalam bentuk siaran terhadap plaintif.

Shafie memulakan tindakan saman fitnah itu pada 2006 dengan mendakwa CTOS menjejaskan keperibadian, reputasi dan pekerjaannya dalam kalangan pihak ketiga, masyarakat, majikan atau orang awam.

Plaintif mendefinisikan ciri pekerjaan defendan yang ditubuhkan pada 12 Disember 1990 adalah memberi perkhidmatan data maklumat pinjaman mengenai individu-individu dan syarikat-syarikat antara lain, para pelanggannya terdiri daripada institusi kewangan atau bank.

Beliau mendakwa, di antara Mac dan Mei 2005, defendan telah berterusan menerbitkan dalam datanya atau laporan dalam komputer mengenai dirinya kepada Bank Affin Bhd. dan Bank Bumiputra Commerce Bhd. berkaitan status dirinya dalam bentuk fitnah.

Atas tindakan defendan itu, Shafie mendakwa permohonannya untuk mendapatkan pinjaman bagi membiayai pembelian satu unit servis apartmen yang dikenali Lot No. 19-13, Parkview Servis Apartmen telah ditolak oleh kedua-dua bank berkenaan.

Plaintif turut menegaskan bahawa terdapat perkataan memfitnahnya menyebut bahawa beliau sejak 1 Julai 2002 hingga Mei 2005 masih mempunyai notis kebankrapan atas namanya, dan dia tidak dapat serta tidak mampu membayar hutang.

Beliau juga mendakwa dimalukan sehingga mengalami tekanan mental akibat mengetahui defendan masih menyenaraikan namanya dalam notis kebankrapan biarpun plaintif sebenarnya tidak lagi berhutang dengan RHB Bank Bhd. pada 2005.

CTOS dalam pernyataan pembelaannya pula menyatakan, maklumat yang dibekalkan oleh syarikat itu kepada pelanggannya hanya sebagai bahan rujukan dan mereka dinasihatkan menyemak maklumat itu dengan pihak berkuasa yang berkaitan.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zohor 1:22
Asar 4:43
Maghrib 7:30
Isyak 8:42

 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
PRK Bukit Gelugor
Utusan Live di PRK Parlimen Bukit Gelugor
PRK Teluk Intan
Utusan Live di PRK Parlimen Teluk Intan
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.