VERSI : Mobile | Akhbar Digital
26 Julai 2014 / 28 Ramadan 1435  
  Carian Arkib
JOHOR

ARKIB : 14/07/2011

Pulihara kelestarian alam semula jadi


Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Laksamana diberi tunjuk ajar cara menanam pokok dengan betul oleh pegawai perhutanan.


KOTA TINGGI 13 Julai - Hutan merupakan salah satu sumber asli yang memainkan peranan penting dalam kehidupan.

Namun kerana kerakusan untuk mengaut keuntungan, banyak kawasan hutan diterokai sehingga menjejaskan ekosistemnya. Usaha untuk memulihara kawasan berkenaan pula bukan sahaja memerlukan masa yang panjang, tetapi juga melibatkan kos yang tinggi.

Bagaimanapun, usaha itu perlu diteruskan supaya kawasan hutan di negara ini tetap dijaga untuk kelangsungan hidup generasi akan datang dan antara pihak yang bertanggungjawab adalah Jabatan Perhutanan negeri.

Bagi menjaga kelestarian alam semula jadi, Jabatan Perhutanan negeri dan Tenaga Nasional Berhad (TNB) negeri ini mengadakan program Let's Clean Go Green (LCGG) di Hutan Lipur Panti, dekat sini, baru-baru ini.

Seramai 150 peserta yang terdiri daripada kakitangan Jabatan Perhutanan negeri, TNB, dan 40 pelajar Sekolah Menengah Laksamana, Kota Tinggi mengikuti program itu.

Program itu bertujuan menyemai minat peserta terhadap aktiviti pemuliharaan alam sekitar. Justeru itu, para peserta diminta menanam pokok-pokok seperti karas, meranti tembaga, meranti sengkawang merah, cengal, merawan siput jantan dan kembang semangkuk.

Pengarah Perhutanan negeri, Yahaya Mohamood berkata, kerajaan sentiasa berusaha menjaga kelestarian alam sekitar melalui program pemuliharaan dan menjadi tanggungjawab semua pihak meningkatkan komitmen bagi menyayangi, melindungi dan memelihara khazanah hutan negara.

"Kegagalan kita berbuat demikian boleh mengundang insiden dan masalah yang menyebabkan kepupusan kawasan hutan tropika," katanya.

Menurutnya, Johor mempunyai keluasan tanah seluas 1,898,629 hektar dengan 563,879 hektar merupakan keluasan tanah berhutan yang meliputi lebih kurang 30 peratus daripada keluasan negeri.

"Daripada jumlah keluasan hutan tersebut, seluas 351,711 hektar diwartakan sebagai Hutan Simpanan Kekal (HSK) seperti yang diperuntukkan di bawah Akta Perhutanan Negara 1984 (Pindaan 1993) dan berfungsi untuk kepelbagaian kepentingan alam sekitar," katanya.

Sementara itu, Pengurus Negeri 1 (Bahagian Penghantaran TNB) Johor Bahru, Abd. Rahim Mohd. Yusof berkata, program tersebut merupakan salah satu tanggungjawab sosial syarikat bagi memantapkan komitmen dalam menggalak dan mendidik masyarakat warga kerjanya mengenai aktiviti pemuliharaan alam sekitar.

Menurutnya, program itu peluang terbaik kepada TNB menerapkan inisiatif hijau ke dalam syarikat dan memanjangkan aktiviti menghargai alam sekitar seperti itu kepada pekerja dan pelajar.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:50
Zohor 1:23
Asar 4:45
Maghrib 7:30
Isyak 8:44

 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
PRK Bukit Gelugor
Utusan Live di PRK Parlimen Bukit Gelugor
PRK Teluk Intan
Utusan Live di PRK Parlimen Teluk Intan
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.