VERSI : Mobile | Akhbar Digital
25 April 2014 / 25 Jamadil Akhir 1435  
  Carian Arkib
SELATAN

ARKIB : 13/07/2011

Indeks Pencemaran Udara di bandar Melaka pada tahap sederhana


PEMANDANGAN cuaca sekitar bandar Melaka cerah selepas menghadapi jerebu, semalam.


MELAKA 12 Julai - Kualiti udara di kawasan Bukit Rambai dan pusat bandar Melaka di sini hari ini, tidak mencatatkan perubahan berbanding semalam apabila Indeks Pencemaran Udara (IPU) direkodkan kekal berada pada tahap sederhana iaitu bacaan IPU antara 73 dan 89.

Pengarah Jabatan Alam Sekitar (JAS) negeri, Abd. Hapiz A. Samad berkata, sehingga pukul 12 tengah hari ini, IPU kawasan bandar Melaka berada pada tahap 73, manakala Bukit Rambai IPU kekal tahap 89.

Menurut beliau, keadaaan itu tidak banyak berubah berbanding bacaan pada pukul 5 petang semalam yang menunjukkan IPU di bandar Melaka pada tahap 76 dan Bukit Rambai, 83.

"Keadaan jerebu di dua kawasan ini sehingga tengah hari ini nampaknya tidak mencatatkan banyak perubahan berbanding semalam dan berada pada tahap sederhana dan indeks bagi kualiti udara yang tidak sihat adalah yang melebihi 100," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Beliau mengulas keadaan jerebu yang semakin buruk berlaku di negeri ini sejak beberapa hari lalu yang berpunca daripada pembakaran terbuka di Sumatera, Indonesia.

Abd. Hapiz pada masa sama menasihatkan orang ramai supaya tidak melakukan pembakaran terbuka kerana ia boleh memburukkan lagi keadaan.

Sementara itu, tinjauan Utusan Malaysia di dua kawasan tersebut hari mendapati cuaca jerebu beransur pulih berbanding semalam disebabkan hujan lebat malam tadi.

Utusan Online on Facebook
Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:47
Zohor 1:14
Asar 4:29
Maghrib 7:20
Isyak 8:31
 
 



IKLAN@UTUSAN



IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.