VERSI : Mobile | Akhbar Digital
24 April 2014 / 24 Jamadil Akhir 1435  
  Carian Arkib
KELUARGA

ARKIB : 12/07/2011

Kenderaan recond ada kelebihan


ANTARA kereta-kereta mewah yang pastinya menarik perhatian pelanggan setiap kali berkunjung ke ruang pameran KNMT.


EKONOMI negara yang semakin berkembang dari tahun ke tahun turut menyumbang kepada peningkatan permintaan terhadap pelbagai produk.

Antaranya ialah sektor automotif dalam bidang perindustrian. Dengan pelbagai pilihan yang ditawarkan, rakyat negara ini mempunyai bermacam-macam model untuk dipilih sesuai dengan cita rasa dan kemampuan.

Sudah tentu kereta nasional seperti Proton, Perodua dan Naza mendahului senarai dari segi jumlah jualan.

Namun, itu tidak bermakna kereta-kereta import sama ada yang dipasangkan di negara ini (CKD) atau unit diimport sepenuhnya (CBU), kurang permintaannya.

Tetapi ada satu lagi kategori kereta import yang digemari rakyat negara ini terutama yang membabitkan jenama mewah. Ia dikenali sebagai kereta recond, iaitu kereta terpakai di luar negara terutama Jepun dan Eropah yang telah dibaik pulih dan diimport untuk pasaran negara ini.

Mengulas trend kenderaan recond pada masa kini Pengarah Operasi Kumpulaniaga Mahmud Taib Sdn. Bhd. (KNMT) iaitu syarikat penjual dan pemegang permit import (AP), Shazwann Osman berkata, tiga model yang paling digemari di negara ini adalah kenderaan pelbagai guna (MPV) keluaran Toyota dari model Estima, Alphard dan Vellfire. Ia diminati kerana kapasiti kabin yang luas untuk kemudahan pejabat dan keluarga.

Model itu katanya, merupakan yang mendapat permintaan tinggi selain jenama-jenama mewah lain termasuk Mercedes, BMW, Lexus, Mazda, Honda, Hummer dan sebagainya.

Kelebihan kereta recond terutama dari jenama mewah ialah harganya lebih rendah berbanding kereta baru.

Mengenai persepsi negatif terhadap kereta recond, Shazwann berkata, para pembeli tidak perlu bimbang kerana syarikat yang bertanggungjawab selalunya akan memastikan hanya membawa masuk kenderaan yang berada dalam keadaan terbaik.

"Bagi setiap kenderaan yang dibawa masuk dari Jepun, kita akan pastikan setiap unit melalui pemeriksaan yang teliti dan mempunyai sijil pengiktirafan dari negara itu.

"Pembeli juga tidak perlu bimbang mengenai pengubahsuaian yang dilakukan kerana kelulusan dibuat mengikut kesesuaian dan undang-undang di negara ini," katanya.

Selain itu katanya, tiga penyelenggaraan asas akan dilakukan ke atas kenderaan terbabit sebelum diserahkan kepada pelanggan.

"Tiga penyelenggaraan itu ialah penukaran pad brek, minyak enjin dan minyak kotak gear," jelasnya.

Selain itu, kenderaan tersebut juga tetap ada jaminan tersendiri.

Kata Shazwann, jaminan terakhir bagi setiap kenderaan recond yang diguna pakai di Jepun antara tempoh satu hingga lima tahun (maksimum) bagi pembelian selama enam bulan.

Sementara itu Shazwann berkata, pihaknya juga berusaha sedaya upaya untuk memendekkan tempoh pelanggan menunggu.

Pembelian kenderaan jenis itu menurutnya mengambil masa kira-kira dua minggu jika stok ada dalam simpanan. Manakala untuk tempahan khas, proses mengambil masa sehingga sebulan setengah.

"Harga bagi setiap unit kereta recond ditetapkan mengikut usia, spesifikasi dan aksesori. Untuk mendapatkan aksesori tertentu dari Jepun, pelanggan boleh berbincang dengan jurujual," ujarnya.

Tetapi yang nyata, kereta recond tetap mempunyai permintaan yang tinggi di kalangan rakyat negara ini.

Utusan Online on Facebook
Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:47
Zohor 1:14
Asar 4:29
Maghrib 7:20
Isyak 8:31
 
 



IKLAN@UTUSAN



BANCIAN ONLINE
IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.