VERSI : Mobile | Akhbar Digital
1 Oktober 2014 / 6 Zulhijjah 1435  
  Carian Arkib
RENCANA

ARKIB : 11/07/2011

Perjuangan tokoh-tokoh kemerdekaan negara

DENGAN mengangkat Tun Dr. Mahathir Mohamad sebagi penaung, buku ini bermatlamat untuk mencetuskan semula semangat dan budaya perjuangan Melayu agar menjadi bangsa maju secara mental dan fizikal menjelang tahun 2020.

Dipenuhi gambar-gambar sejarah perjuangan orang Melayu, buku ini juga mengabadikan sejarah dan perjuangan tokoh-tokoh kemerdekaan Malaysia.

Buku ini turut mengungkap bukti sejarah kewujudan orang Melayu dari zaman purba hingga kini bagi menangkis pendapat mengatakan orang Melayu juga merupakan kaum pendatang.

Selain itu, keupayaan orang Melayu membentuk tamadunnya sendiri juga dihuraikan melalui sistem pemerintahan dan kepimpinan yang cekap, bijak dan strategik, berkemahiran dan memiliki kekayaan sumber semula jadi yang ingin direbut ramai pihak luar.

Kelemahan yang menyebabkan kejatuhan tamadun Melayu turut dipaparkan sebagai peringatan dan tauladan kepada generasi pelapis agar tidak membiarkannya berulang kembali.

Melalui bingkisan sejarah tamadun Melayu, kelicikan penjajah melemahkan bangsa Melayu supaya tidak bangkit menentang turut didedahkan.

Kisah persaingan dengan kaum bukan Melayu yang berhijrah dari negara asal mereka juga dihuraikan terutama dalam mematahkan pandangan seolah-olah kemodenan Malaysia adalah hasil usaha penjajah Inggeris dan orang Cina semata-mata.

Ini disokong fakta sejarah bagaimana Long Jaafar dan Ngah Ibrahim memajukan Larut-Matang melalui pembukaan lombong bijih timah, Raja Abdullah dan Haji Abdullah Hukum meneroka penempatan baru untuk pertanian dan melombong bijih timah sekitar Kuala Lumpur dan Petaling Jaya, Datuk Wan Mat Saman membina terusan untuk menjadikan Kedah negeri jelapang padi, Datuk Bentara Luar Muhammad Salleh Perang membangunkan bandar Batu Pahat dan Muar serta banyak lagi.

Turut ditegur di dalam buku ini, sikap sesetengah orang Melayu yang terlalu apologetik terhadap kritikan orang bukan Melayu sehingga membuka lebih banyak peluang kepada mereka untuk mengkritik banyak perkara lain pula.

Walaupun buku ini zahirnya kelihatan seperti sebuah buku sejarah, namun hasrat sebenar penerbitannya adalah bagi memaparkan lintasan sejarah orang Melayu dan memperbetulkan kelemahan sesetengah pemimpin Melayu kini dalam menangani kritikan orang bukan Melayu terutamanya dalam mempertikaikan hak istimewa orang Melayu.

Dua faktor konkrit dalam menjawab kritikan itu adalah faktor sejarah Melayu sebagai penduduk asal tanah dan negara ini di samping peruntukan keistimewaan itu dalam Perlembagaan telah dipersetujui bersama antara orang Melayu dan bukan Melayu ketika taraf kerakyatan diberikan kepada mereka.

Pepatah 'buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali' juga wajar dihayati bagi menyedarkan orang Melayu kerana sejarah berulang kali membuktikan kebaikan orang Melayu sering dikhianati pihak lain yang mempunyai agenda peribadi.

Buku Selagi Hayat Dikandung Badan: Lembaran Perjuangan kini berada dalam pasaran di kedai buku MPH dan kedai-kedai buku utama seluruh negara.

Buku ini sesuai untuk semua peringkat umur bukan sahaja untuk mengimbas dan mengingatkan diri tentang sejarah orang Melayu dan pembentukan Malaysia malahan untuk iktibar dalam merancang masa depan agama, bangsa dan negara kelak.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:45
Zohor 1:06
Asar 4:16
Maghrib 7:07
Isyak 8:16


 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN



IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.