VERSI : Mobile | Akhbar Digital
21 April 2014 / 21 Jamadil Akhir 1435  
  Carian Arkib
TERKINI

ARKIB : 10/07/2011

Banjir, tanah runtuh di Korea ragut empat nyawa

10/07/2011 3:01am

SEOUL 10 Julai - Empat orang terbunuh manakala dua lagi masih hilang dalam kejadian banjir serta tanah runtuh akibat hujan lebat yang berlaku di Korea Selatan, semalam.

Menurut agensi berita Yonhap, seorang wanita berusia 68 tahun dan cucunya berusia 15 tahun serta dua yang lain maut dalam kejadian tanah runtuh yang memusnahkan rumah mangsa di bandar Miryang, terletak 368 kilometer dari Seoul.

Tambahnya, seorang wanita berusia 72 tahun yang tinggal berhampiran kawasan kejadian dilaporkan hilang selepas dibawa arus banjir manakala seorang lagi wanita berusia 73 tahun ditemui lemas dalam kejadian banjir di bandar Uiryeong.

Pasukan penyelamat dilaporkan sedang berusaha mencari seorang lagi wanita tua yang hilang di daerah yang sama. - AFP

Utusan Online on Facebook
Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:48
Zohor 1:15
Asar 4:28
Maghrib 7:20
Isyak 8:31
 
 



IKLAN@UTUSAN



IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.