VERSI : Mobile | Akhbar Digital
30 Julai 2014 / 3 Syawal 1435  
  Carian Arkib
MUKA HADAPAN

ARKIB : 10/07/2011

Polis berjaya kekang Bersih


BEBERAPA perusuh bertindak liar dengan membaling objek ke arah trak polis yang mengawal rusuhan perhimpunan haram Bersih di Kuala Lumpur, semalam.


KUALA LUMPUR 9 Julai Langkah pencegahan awal yang diambil Polis Diraja Malaysia (PDRM) berjaya menggagalkan usaha penganjur Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) untuk berarak dan berhimpun secara haram di ibu negara hari ini.

Langkah polis membuat sekatan jalan raya selain menutup laluan utama menuju ke Kuala Lumpur membolehkan keadaan di ibu negara terkawal meskipun peserta perhimpunan haram terus berdegil dengan cuba merempuh sekatan polis untuk meneruskan perarakan.

Sejak malam tadi sehingga pukul 5 petang ini, polis menahan seramai 1,401 orang yang menyertai perhimpunan haram itu termasuk pemimpin kanan parti pembangkang, penganjur Bersih, Datuk S. Ambiga dan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin.

Selain kedua-dua pemimpin itu, antara yang ditahan ialah Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang; Timbalannya, Mohamad Sabu; dua Naib Presiden parti itu, Datuk Mahfuz Omar dan Salehuddin Ayob serta Pengerusi Kelab 1Malaysia, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim.

Sebelum ini juga, terdapat maklumat yang mendakwa penunjuk perasaan dari Kedah diberi imbuhan sebanyak RM200 untuk menghadiri perhimpunan haram berkenaan.

Berdasarkan maklumat pasukan keselamatan, dianggarkan 6,000 penunjuk perasaan menyertai perhimpunan haram itu hari ini yang kebanyakannya berkumpul di lima lokasi antaranya Jalan Petaling, berhampiran Kompleks Dayabumi, Masjid Jamek, Jalan Pudu dan pusat beli-belah Sogo.

Pada kira-kira pukul 2 petang penunjuk perasaan yang kononnya mahu berhimpun secara aman mulai bertindak agresif di Hentian Pudu Raya dan Menara Maybank.

Mereka yang menguasai sekitar kawasan itu selepas berarak dari beberapa laluan, mula bertindak di luar kawalan selepas gagal melepasi sekatan pihak berkuasa.

Beberapa penunjuk perasaan cuba merempuh sekatan jalan raya dan menimbulkan suasana huru-hara dengan mencemuh dan mengeluarkan kata-kata kesat terhadap polis yang bertugas mengawal keselamatan.

Akibatnya, Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) terpaksa melepaskan gas pemedih mata serta menembak meriam air ke arah penunjuk perasaan.

Penyokong Bersih juga dikesan menyamar sebagai penumpang Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) di Jalan Sultan Hishamuddin di sini, selepas diusir pihak polis dari Masjid Negara.

Keadaan itu mengakibatkan bangunan KTMB sesak dengan orang ramai yang dianggarkan berjumlah 1,000 orang sejurus polis menyuraikan mereka pada pukul 8.30 pagi.

Berikutan itu, pihak pengurusan KTMB mengarahkan kumpulan penyokong tersebut beredar menyebabkan berlaku kekecohan sehingga memaksa 200 individu ditahan.

Apa yang menyedihkan, orang Melayu merupakan majoriti yang menyertai perhimpunan haram itu dengan sebahagian besar daripadanya adalah golongan muda dipercayai penuntut universiti.

Beberapa wanita dan kanak-kanak serta orang kelainan upaya termasuk berkerusi roda turut diheret bersama-sama menyertai perhimpunan haram itu.

Pasukan keselamatan berjaya menyuraikan penyokong Bersih kira-kira pukul 5 petang ini.

Kongsi Konten di :

TAJUK-TAJUK BERITA LAIN:
Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:51
Zohor 1:22
Asar 4:44
Maghrib 7:30
Isyak 8:43

 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
PRK Bukit Gelugor
Utusan Live di PRK Parlimen Bukit Gelugor
PRK Teluk Intan
Utusan Live di PRK Parlimen Teluk Intan
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.