VERSI : Mobile | Akhbar Digital
24 April 2014 / 24 Jamadil Akhir 1435  
  Carian Arkib
JOHOR

ARKIB : 07/07/2011

Rokiah handal jerat helang


ROKIAH Bakar memegang burung helang yang ditangkapnya ketika ditemui di rumahnya di Pantai Air Papan, Mersing, baru-baru ini.


MERSING 6 Julai - Burung helang tidak seperti kebanyakan unggas lain yang mudah ditangkap. Sifatnya sebagai burung pemangsa menyebabkan hanya penjerat yang benar-benar pakar dan memiliki ilmu serta petua boleh menangkapnya.

Namun, segagah dan sekuat manapun helang itu akhirnya ia 'tunduk' juga terutama apabila dicabar oleh seorang wanita bernama Rokiah Bakar, 55.

Nama Rokiah tidak asing khususnya di Pantai Air Papan, dekat sini kerana kepakarannya menangkap burung helang.

Lebih mengagumkan, Rokiah tidak pernah gagal walaupun sekali setiap kali keluar untuk menangkap burung helang sama ada di dalam hutan, pesisiran pantai atau di tengah laut.

Hingga kini, lebih 40 ekor burung helang pelbagai jenis termasuk helang hutan dan helang laut berjaya ditangkap.

Rokiah memberitahu, dia mula menangkap burung helang sejak 10 tahun lalu dengan berbekalkan sedikit ilmu dan petua selain kemahirannya memasang racip.

"Menangkap burung helang ini bukannya seperti menangkap burung biasa kerana helang biasanya berlegar-legar di udara dan tidak akan turun ke tanah tanpa sebab.

"Selain itu, untuk menangkap burung helang ini ada masanya dan saya kebiasaannya hanya akan menangkap burung tersebut antara pukul 9 hingga 10 pagi," katanya semasa ditemui Utusan Malaysia, baru-baru ini.

Rokiah berkata, pengalaman mengikut bapanya masuk ke dalam hutan berhampiran rumah mereka di Tanjung Resang, Mersing semasa kecil ternyata memberi kelebihan untuk menjinakkan haiwan tersebut.

Ini kerana kawasan hutan yang pernah menjadi 'tempat permainannya' suatu ketika dahulu kini menjadi tempatnya apabila hendak menangkap helang hutan.

Berbeza pula apabila mahu menangkap helang 'winston', tempat yang kebiasaannya helang jenis itu boleh didapati adalah di kawasan pesisiran pantai.

Untuk menangkap helang laut tidak menjadi masalah kepadanya kerana dia merupakan seorang nelayan sentiasa mencari rezeki di laut dan sempat mencuri masa untuk menangkap helang tersebut.

"Nak menangkap helang ini memerlukan kesabaran kerana ia mengambil masa helang itu turun untuk memakan umpan yang diletakkan pada racip.

"Berdasarkan pengalaman, helang jenis Winston adalah paling sukar untuk ditangkap berbanding helang laut dan hutan," katanya.

Kebolehan Rokiah akhirnya mendapat perhatian pelbagai pihak termasuk kerabat diraja yang mahu mendapatkan burung helang peliharaan.

Bagaimanapun, dia tidak pernah menjual burung helang yang ditangkapnya itu selain akan melepaskannya apabila tiba waktunya.

Kini, Rokiah tidak lagi menangkap burung helang seperti dahulu kerana ketiadaan waktu memandangkan dia terpaksa mencari rezeki di laut ekoran keadaan suaminya, Wan Musa Wan Mustafa, 61, yang uzur.

Utusan Online on Facebook
Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:47
Zohor 1:14
Asar 4:29
Maghrib 7:20
Isyak 8:31
 
 



IKLAN@UTUSAN



BANCIAN ONLINE
IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.