VERSI : Mobile | Akhbar Digital
19 September 2014 / 24 Zulkaedah 1435  
  Carian Arkib
FEMININ

ARKIB : 05/07/2011

Kursus terapi urutan spa


Para peserta akan didedahkan dengan latihan rawatan spa secara menyeluruh.


BERITA baik bagi lepasan sekolah mahupun belia-belia yang masih mencari pekerjaan, jika berminat untuk mendalami bidang spa, anda boleh memohon untuk mengikuti kursus Terapi Urutan Spa di Energy Academy Sdn. Bhd. (Energy Academy).

Menawarkan program Perantis Spa (Spa Apprenticeship Program) bagi kursus Terapi Urutan Spa, Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 2, ia terbuka kepada mereka yang berumur 18 tahun dan ke atas.

Mendapat akreditasi daripada Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK), Kementerian Sumber Manusia, kursus tersebut turut menawarkan dana (geran) kepada yang layak.

Menurut Pengasas Energy Academy, Datin Ramona Suleiman, dana tersebut disalurkan daripada Kementerian Pelancongan Malaysia kepada mereka yang betul-betul layak untuk mengikuti kursus yang ditawarkan.

"Syarat permohonan terbuka kepada wanita dan lelaki berusia 18 tahun ke atas, komited untuk menjalani kursus dan berkeinginan tinggi untuk meningkatkan taraf hidup melalui kursus atau latihan yang dijalankan.

"Dalam masa yang sama, mereka yang memohon akan ditapis di mana mereka perlu menjalani sesi temuduga.

"Ini bertujuan untuk memastikan pelatih-pelatih yang diterima adalah yang betul-betul berkelayakan di samping yang benar-benar ingin mempelajari dan mendalami bidang spa selain dana yang diberikan tidak terbuang begitu sahaja," ujarnya ketika ditemui di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Tambah beliau, tempoh kursus yang ditawarkan ialah selama enam bulan meliputi tiga bulan intensif sepenuh masa di dalam kelas dan tiga bulan praktikal di tempat kerja.

Katanya lagi, pelajar yang mengikuti latihan industri dijanjikan peluang pekerjaan sekurang-kurangnya selama 12 bulan kepada pelatih yang memenuhi kriteria yang diperlukan majikan.

Selain itu, pelajar yang ditauliahkan sebagai tenaga mahir juga berpeluang ditempatkan di organisasi spa dengan kerjasama Persatuan Spa Malaysia (AMSPA).

Selain itu, bagi pelatih-pelatih yang telah ditauliahkan, mereka boleh menyambung pelajaran di dalam bidang Diploma Anatomy & Fisiologi dan Diploma Urutan Badan dengan mengikuti Program CIBTAC.

Program perlesenan antarabangsa ini dapat menaiktaraf pusat perkhidmatan spa sedia ada khususnya kepada pelancong dari luar negara.

Pengambilan program ini juga digalakkan kepada pemilik, pengurus dan ahli terapi spa yang telah mempunyai pengalaman di dalam bidang terapi spa dan urutan tetapi tidak berpeluang untuk mendapatkan persijilan secara formal sebelum ini.

Sementara itu, pada 10 Julai ini, kursus yang sama akan ditawarkan bagi penduduk-penduduk di kawasan Utara tanah air.

Ia akan diadakan di Langkawi, Kedah di mana taklimat dan temuduga terbuka masih dijalankan di Institut Pengurusan Peladang, Lot 571, Jalan Ayer Hangat, Langkawi.

Bagaimanapun, tempat adalah terhad kepada 24 pelajar sahaja. Untuk maklumat lanjut boleh layari www.energyacademy.com.my.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:48
Zohor 1:10
Asar 4:13
Maghrib 7:13
Isyak 8:21



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.