VERSI : Mobile | Akhbar Digital
24 April 2014 / 24 Jamadil Akhir 1435  
  Carian Arkib
TERKINI

ARKIB : 04/07/2011

SPR sediakan sistem semakan lokaliti bagi isi rumah

04/07/2011 10:28pm

KUALA LUMPUR 4 Julai – Semakan lokaliti bagi isi rumah kini boleh dibuat di laman web Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Setiausaha SPR, Datuk Kamaruddin Mohamed Baria berkata, kemudahan sistem itu disediakan sempena Kempen Semakan Daftar Pemilih 2011, yang akan dilancarkan di Ibu pejabat SPR di Putrajaya pada Khamis ini.

"Aplikasi sistem ini menyediakan kemudahan kepada pemilih yang menghuni sesebuah rumah atau mendaftar dengan menggunakan alamat sama bagi menyemak lokaliti atau daerah masing-masing di laman web SPR.

"Hasil semakan akan menunjukkan sama ada kesemua mereka telah diletakkan di lokaliti yang sama atau sebaliknya,” katanya dalam kenyataan di sini.

Beliau berkata, menerusi sistem itu, pengguna boleh memaklumkan sebarang kesilapan kepada SPR menerusi sistem aduan SPR.

"Penggunaan sistem semakan lokaliti bagi isi rumah dapat membantu SPR dari segi pembetulan lokaliti dan pembersihan maklumat pemilih.

“Bagaimanapun, penggunaan sistem ini hanya mengehadkan semakan ahli keluarga atau isi rumah yang diketahui nombor MyKad sahaja,” katanya. – Bernama

Utusan Online on Facebook
Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:47
Zohor 1:14
Asar 4:29
Maghrib 7:20
Isyak 8:31
 
 



IKLAN@UTUSAN



BANCIAN ONLINE
IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.