VERSI : Mobile | Akhbar Digital
17 September 2014 / 22 Zulkaedah 1435  
  Carian Arkib
TERKINI

ARKIB : 30/06/2011

Demonstrasi jalanan bukan penyelesaian bertanggungjawab

30/06/2011 4:27pm

SIPITANG, Sabah 30 Jun — Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, UMNO, jika ia mahu, mampu mengerahkan tiga juta anggotanya untuk menentang habis-habisan hasrat golongan yang mahu mewujudkan kekacauan melalui demonstrasi jalanan.

Bagaimanapun, kata Perdana Menteri, parti itu tidak akan berbuat demikian kerana ia bukannya cara yang bertanggungjawab dalam mencari penyelesaian.

"Kita (UMNO) ada tiga juta ahli, tidak termasuk parti komponen (Barisan Nasional)... kita boleh kumpulkan tiga juta orang yang tunggu isyarat. Kalau semboyan dibunyi, mereka juga akan berjuang habis-habisan... tetapi apakah itu satu cara yang bertanggungjawab,” kata Perdana Menteri semasa berucap kepada kira-kira 15,000 hadirin yang menyambut kunjungan beliau di pekan pesisir pantai ini, kira-kira 150 kilometer ke selatan Kota Kinabalu hari ini.

Najib berkata, kerajaan Barisan Nasional adalah kerajaan yang bertanggungjawab dan tidak mahukan kekerasan kerana menurutnya, “itu bukan cara kita selesaikan masalah di bumi Malaysia ini”. Menurutnya pilihan raya sentiasa diadakan di Malaysia apabila tiba waktunya dan semua pihak boleh ambil bahagian semasa kempen.

"Kita ada pilihan raya... nak kempen, kempen lah, nak berucap sampai tak larat lagi nak cakap, buatlah, nak bertempek pun, tempeklah,” kata Najib yang sebelum itu berkunjung ke daerah pedalaman Tenom, di barat daya Sabah.

"Mereka kata bersih... belum tahu dia bersih. Dia (pembangkang) pun ada banyak masalah,” kata Najib. - Bernama

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:49
Zohor 1:11
Asar 4:13
Maghrib 7:13
Isyak 8:22



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.