ARKIB : 28/06/2011
CNI buka pusat jualan di Alor Setar
![]() |
|
Chan Kok Lian (lima dari kanan) bersama pengedar-pengedar CNI pada majlis pembukaan cawangan baru CNI di Alor Setar, Kedah, baru-baru ini. |
ALOR SETAR 27 Jun - Syarikat jualan langsung, CNI Holdings Bhd. membuka pusat jualan runcit ketiganya di bandar ini selepas Puchong, Selangor dan Perai, Pulau Pinang.
Pengarah Eksekutifnya, Chan Kok Liang berkata, pembukaan pusat sehenti itu mampu memberi kemudahan kepada rakan niaga dan pelanggan berurusan dengan CNI.
"Sebagai satu langkah yang sentiasa ke hadapan, CNI harus menyediakan kemudahan bersifat lebih mesra kepada pelanggan mahupun orang awam bagi membolehkan mereka mendekati produk yang disediakan.
"Diibaratkan sebagai pusat sehenti, pusat jualan ini menyediakan pelbagai kemudahan kepada penduduk di negeri ini termasuk sebagai pusat edaran untuk rakan niaga CNI di Alor Setar," katanya selepas majlis perasmian pusat tersebut di Jalan Pegawai di sini, baru-baru ini.
Menurut Kok Liang, selain itu, pihaknya berhasrat untuk membuka tiga lagi pusat jualan seperti itu di Pulau Pinang, Sarawak dan Brunei tidak lama lagi.
"Sejak 1989, CNI sudah menjadi sebahagian daripada seisi keluarga melalui rangkaian produknya yang kini berjumlah 200 jenis.
"CNI berhasrat untuk terus menyediakan kemudahan terbaik kepada rakan niaga, pelanggan mahupun orang awam," katanya.
Pada majlis yang sama, beliau turut memperkenalkan rangkaian produk wangian terbaru daripada CNI, Mon Amour yang formulanya dibangunkan daripada pakar minyak wangi dari Perancis.
Katanya, produk yang berada di pasaran sejak awal Jun lepas itu meraih sambutan menggalakkan kerana harumannya yang menawan.
CNI kini mempunyai lebih 66 pusat edaran, 103 pusat khidmat jualan dan kira-kira 108,000 pengedar di seluruh Malaysia, Singapura dan Brunei.
Kewangan Malindo Air kukuh
CEO baharu Maybank belum dimuktamadkan
TIME sasar ke rantau ASEAN
NCB akan perkukuh kedudukan kewangan
95% fasa satu Battersea telah terjual
THP sasar 1 juta tan
VADS pelawa ISV laksana 'komputer awan'
AIM sudah cukup matang
CCM tingkat pengeluaran baja
Sasar tambahan deposit akaun simpanan RM1b
Gajet penjimatan minyak kenderaan berat, MP-R HD dilancarkan
Microsoft perkenal projek bilik darjah Pop-up
PGB peruntuk RM8.1b
Wahid umum prestasi kewangan Maybank minggu depan
BOC: Keputusan pemilikan dalam masa seminggu
Jangka pertumbuhan baik
Angkasa kerjasama lancar tablet pintar Outlook Pure
UMW lebar sayap ke Indonesia
Deleum rancang bida kontrak RM2 bilion
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||










