VERSI : Mobile | Akhbar Digital
19 April 2014 / 19 Jamadil Akhir 1435  
  Carian Arkib
PENDIDIKAN

ARKIB : 27/06/2011

e-Lab tingkatkan penguasaan BI

SISIPAN pendidikan berbahasa Inggeris (BI) Utusan Malaysia, e-Lab amat sesuai untuk digunakan sebagai panduan oleh guru dan bahan latihan pelajar di dalam bilik darjah.

Guru Cemerlang Bahasa Inggeris, Robiatul Adawiah Hamzah berkata, sisipan e-Lab merupakan alat bantuan mengajar yang menepati kurikulum serta sesuai digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran (P&P).

"Ia dilihat membantu dalam memudahkan cara penyampaian guru yang berbeza daripada proses pengajaran biasa di dalam bilik darjah," kata guru Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Putrajaya Presint 8 (1) ini.

Beliau berkata demikian ketika ditemui di bengkel bahasa Inggeris e-Lab anjuran Unit Pendidikan Utusan Malaysia yang disertai 300 pelajar dari semua sekolah menengah harian sekitar Putrajaya di SMK Putrajaya Presint 8 (1), baru-baru ini.

Bengkel itu melibatkan calon peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) pada tahun ini dan ia dikendalikan oleh Eksekutif Pendidikan Utusan Malaysia, Sri Patmawati Sariman.

Menurut Robiatul Adawiah, penganjuran bengkel yang bersifat hands-on itu meliputi aktiviti menjawab soalan dan kuiz demi meningkatkan prestasi para pelajar dalam subjek BI.

"Walaupun jumlah pelajar yang lemah dalam subjek ini hanya lima peratus namun mereka begitu bersungguh-sungguh dan seronok mengikuti bengkel yang bermanfaat ini.

"Diharapkan agar golongan pelajar yang lemah ini dapat mempelajari sesuatu yang penting dalam bengkel ini serta mempertingkatkan usaha mereka dan seterusnya berjaya dalam peperiksaan sebenar," terangnya.

Menurut beliau, e-Lab memperkenalkan pendekatan yang berlainan tetapi sangat menarik iaitu tidak begitu formal dan tidak membosankan.

"Ia menyajikan pelbagai elemen yang menarik seperti kartun, jadual, imej berwarna dan berita. Semua ini membolehkan pelajar memberikan sepenuh perhatian kepada ilmu pengetahuan yang disampaikan," ujarnya.

Selain itu, katanya, bengkel yang diadakan berjaya membantu dalam meningkatkan kemahiran berkomunikasi sesama pelajar dan pelajar dengan penceramah.

"Kemahiran berkomunikasi atau bertutur merupakan antara elemen penting yang perlu dikuasai oleh pelajar dalam usaha untuk meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris mereka," jelasnya.

Utusan Online on Facebook
Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:49
Zohor 1:15
Asar 4:28
Maghrib 7:21
Isyak 8:31
 
 



IKLAN@UTUSAN



IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.