VERSI : Mobile | Akhbar Digital
28 Ogos 2014 / 2 Zulkaedah 1435  
  Carian Arkib
HIBURAN

ARKIB : 27/06/2011

Cory Monteith hampir mati akibat dadah

LOS ANGELES 26 Jun - Pelakon drama muzikal Glee, Cory Monteith buat pertama kali menceritakan kehidupannya semasa remaja yang penuh dengan masalah termasuk terlibat dengan penyalahgunaan dadah.

Menurutnya, dia bukan seperti watak yang dilakonkan dalam Glee, Finn Hudson.

"Saya amat bernasib baik kerana masih hidup,'' katanya kepada majalah Parade yang diterbitkan hari ini.

Ibu bapa pelakon itu berpisah semasa dia berumur tujuh tahun menyebabkan dia terlibat dengan pelbagai masalah termasuk menghisap ganja dan ponteng sekolah.

Monteith memberitahu, ketika berumur 16 tahun, dia sudah pergi ke 12 sekolah berbeza termasuk perlu menjalani program untuk remaja bermasalah.

"Saya tidak dapat dikawal dan mempunyai masalah besar. Saya mengambil pelbagai jenis dadah dalam dos berlebihan,'' katanya.

Katanya, disebabkan itu, dia terpaksa menerima rawatan di pusat pemulihan pada usia 19 tahun dengan bantuan ibu dan rakan-rakannya.

"Itulah kali pertama saya masuk ke pusat pemulihan tetapi saya mengulangi perbuatan saya selepas keluar. Akhirnya saya sedar bahawa saya perlu meneruskan hidup lalu berhenti mengambil dadah,'' ujarnya. - Agensi

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zohor 1:17
Asar 4:28
Maghrib 7:22
Isyak 8:32


 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
PRK Bukit Gelugor
Utusan Live di PRK Parlimen Bukit Gelugor
PRK Teluk Intan
Utusan Live di PRK Parlimen Teluk Intan
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.