VERSI : Mobile | Akhbar Digital
21 April 2014 / 21 Jamadil Akhir 1435  
  Carian Arkib
PENDIDIKAN

ARKIB : 27/06/2011

Karnival pendidikan kerjaya teknik, vokasional


Zakaria Mohd. Nor menyampaikan trofi Juara Keseluruhan Pertandingan sempena Karnival Pendidikan Kerjaya SMTV kepada Pengetua SMV Setapak, Hindon Abdul Rahman di SMT Kuala Lumpur, baru-baru ini.


Karnival Pendidikan Kerjaya Sekolah Menengah Teknik dan Vokasional (SMTV) Zon Selangor dan Kuala Lumpur 2011 berjaya memberi maklumat untuk pelajar aliran itu merancang masa depan selepas tamat persekolahan.

Pengetua Cemerlang SMT Kuala Lumpur, Karteni Osman berkata, karnival yang julung kalinya diadakan itu adalah perlu bagi memberi maklumat awal untuk membantu pelajar membuat perancangan masa depan terutamanya mengenai institusi pengajian tinggi (IPT) pilihan serta bidang pengajian yang sesuai dipilih selepas tamat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Menurut beliau, ia juga dapat memupuk semangat persaingan positif dan kekitaan melalui pelbagai pertandingan yang diadakan selain mewujudkan hubungan baik sesama SMT dengan IPT dan agensi kerajaan yang terlibat.

"Karnival ini juga turut memuatkan maklumat berkenaan kursus-kursus dan jurusan yang ditawarkan di SMTV bagi menyebarkan maklumat kepada pelajar sekolah harian biasa dalam program Outreach SMTV 2012 dan sebagai pendedahan kepada umum," katanya ketika berucap pada karnival itu di Kuala Lumpur, baru-baru in.

Selain SMT Kuala Lumpur, karnival turut disertai oleh SMT Sepang, SMT Kuala Selangor, SMT Gombak, SMV Kajang, SMV Shah Alam, SMV Sungai Buloh, SMV Klang, SMV Setapak dan SMV ERT Setapak.

Karnival itu juga mendapat kerjasama daripada Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) serta Alumni SMTV yang terlibat dengan disokong oleh Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional (BPTV), Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM).

Pelbagai pengisian disusun sepanjang karnival itu termasuklah Pameran Pendidikan Kerjaya dari 16 buah IPT awam dan swasta, ceramah kerjaya, pertandingan kerjaya, Program Outreach SMTV dan gerai jualan.

Sementara itu, Timbalan Pengarah Bahagian Kejurulatihan BPTV, Zakaria Mohd. Nor berkata, karnival yang diadakan adalah sangat bagus kerana memberi peluang kepada para pelajar untuk mendapatkan gambaran tentang kerjaya pada masa hadapan.

Katanya, kemahiran yang diperoleh semasa belajar di SMTV banyak memberi faedah berguna kepada para pelajar terutamanya apabila memasuki alam pekerjaan kelak.

"Hal ini adalah kerana pembelajaran di SMTV lebih menekankan kepada aspek teknikal dan kemahiran yang amat diperlukan dalam bidang pekerjaan pada masa kini," jelasnya.

Pada pertandingan yang diadakan sempena karvival pendidikan kerjaya itu, SMV Setapak berjaya menjadi johan keseluruhan apabila memenangi tempat pertama dan ketiga dalam Pertandingan Melukis dan Mewarna Poster Kerjaya serta tempat pertama dalam Pertandingan Melukis dan Mewarna Kain Rentang.

Dua lagi pertandingan ialah Eksplorasi Binggi Kerjaya dan Reka Bentuk Grafik Kerjaya yang masing-masing diungguli oleh SMV ERT Setapak dan SMT Kuala Lumpur.

Utusan Online on Facebook
Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:48
Zohor 1:15
Asar 4:28
Maghrib 7:20
Isyak 8:31
 
 



IKLAN@UTUSAN



BANCIAN ONLINE
IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.