VERSI : Mobile | Akhbar Digital
31 Julai 2014 / 4 Syawal 1435  
  Carian Arkib
LUAR NEGARA

ARKIB : 20/06/2011

Permainan video Sega Corp. pula digodam

TOKYO 19 Jun - Penggodam mencuri maklumat peribadi daripada 1.3 juta pelanggan syarikat permainan video Jepun, Sega Corp., insiden terbaru dalam siri serangan siber di seluruh dunia terhadap pengeluar permainan video.

Nama, tarikh lahir, alamat e-mel dan kata laluan rahsia pengguna rangkaian Sega Pass dalam talian dicuri, menurut Sega dalam satu kenyataan, hari ini.

Bagaimanapun data pembayaran seperti nombor kad kredit didapati selamat, manakala Sega Pass telah ditutup.

"Kami memohon maaf kerana menimbulkan masalah kepada pelanggan kami, dan kami akan berusaha untuk mengukuhkan langkah keselamatan," kata jurucakap Sega, Yoko Nagasawa yang tidak dapat menyatakan bila Sega Pass akan dibuka semula.

Sega Europe, satu unit Sega yang mengendalikan rangkaian Sega Pass, segera memaklumkan Sega dan pelanggan rangkaian selepas mengesan pencerobohan itu pada Khamis lepas, katanya.

Sekumpulan penggodam yang melancarkan serangan siber ke atas syarikat permainan video lain termasuk Nintendo, Lulz Security tanpa dijangka menawarkan bantuan untuk menjejaki dan menghukum penggodam yang memecah masuk ke pangkalan data Sega.

Serangan terhadap Sega itu menyusuli serangan siber yang lain baru-baru ini ke atas sasaran berprofil tinggi seperti Citigroup yang melaporkan lebih 360,000 akaun pelanggannya digodam pada bulan lepas, dan Dana Kewangan Antarabangsa (IMF).

Namun pencerobohan rangkaian Sega Pass itu tidak seberapa jika dibandingkan dengan pengalaman pengeluar PlayStation, Sony Corp. berikutan dua serangan berprofil tinggi yang berlaku pada April lepas itu.

Pencerobohan rangkaian Playstation menyebabkan kecurian data akaun lebih 100 juta pelanggan, menjadikannya penggodaman data terbesar di luar industri perkhidmatan kewangan. - Reuters

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:51
Zohor 1:22
Asar 4:44
Maghrib 7:30
Isyak 8:43

 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
PRK Bukit Gelugor
Utusan Live di PRK Parlimen Bukit Gelugor
PRK Teluk Intan
Utusan Live di PRK Parlimen Teluk Intan
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.