VERSI : Mobile | Akhbar Digital
3 September 2014 / 8 Zulkaedah 1435  
  Carian Arkib
SUKAN LUAR NEGARA

ARKIB : 17/06/2011

Li Na yakin aksi terbaik pada Wimbledon

EASTBOURNE, England - Juara Terbuka Perancis, Li Na (gambar) menegaskan, dia yakin mampu memberikan persembahan terbaik pada kejohanan tenis Wimbledon yang bermula minggu depan walaupun tersingkir awal dalam saingan pemanas, Eastbourne semalam.

Bintang sensasi China itu berjaya ke suku akhir kejohanan gelanggang rumput itu sebanyak dua kali, iaitu pada 2006 dan 2010.

"Saya ada peluang tetapi tidak memanfaatkannya,'' kata pemain berusia 29 tahun itu sejurus selepas tersingkir pada pusingan kedua kejohanan Eastbourne.

Lin Na, 29 kalah mengejut kepada pemain Rusia, Daniela Hantuchova 6-7 (7-9), 3-6.

"Kami bermain baik hari ini - saya rasa saya sudah bersedia untuk Wimbledon,'' kata Li Na, yang berharap untuk sekurang-kurangnya memperbaiki pencapaian suku akhir tahun lalu.

Dia semakin meningkatkan prestasi di gelanggang rumput dan bersedia untuk mengorak langkah lebih jauh apabila kejohanan Grand Slam itu bermula, Isnin ini.

"Gelanggang rumput agak berbeza daripada gelanggang tanah liat tetapi saya tetap gembira dapat mengharungi dua perlawanan di sini (Eastbourne). - AFP

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:51
Zohor 1:16
Asar 4:22
Maghrib 7:20
Isyak 8:29


 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
PRK Bukit Gelugor
Utusan Live di PRK Parlimen Bukit Gelugor
PRK Teluk Intan
Utusan Live di PRK Parlimen Teluk Intan
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.