ARKIB : 16/06/2011
Perhimpunan Bersih: Fikir kesan ke atas negara, rakyat
KUALA LUMPUR 16 Jun – Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mahu penganjur dan individu yang berhasrat menyertai perhimpunan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) supaya berfikir semasak-masaknya kesan perhimpunan itu kepada kerajaan, negara dan rakyat, sekiranya ia diadakan.
Beliau berkata, rakyat bimbang perhimpunan itu boleh menimbulkan satu keadaan ketidaktenteraman kerana akan berlaku pertembungan dua pihak yang bersetuju dan tidak bersetuju dengan penganjuran perhimpunan itu.
"Polis terima banyak aduan dan ini boleh mencetuskan keadaan yang tidak selamat bagi negara, polis takkan keluarkan permit maka ia satu pergerakan haram dan menyalahi undang-undang.
"Perhimpunan itu pastinya tidak akan didukung oleh seluruh rakyat, mungkin sekelompok sahaja atau ada pihak lain yang menumpang,” katanya ketika diminta mengulas mengenai rancangan untuk mengadakan perhimpunan itu buat kali kedua pada 9 Julai ini.
Bercakap kepada pemberita selepas merasmikan sambutan Hari Denggi ASEAN 2011 dan pelancaran semula Komunikasi untuk Perubahan Tingkah Laku (COMBI) peringkat kebangsaan di sini, hari ini, Muhyiddin berkata, pihak tersebut tidak mengambil kira soal keamanan negara yang dicapai kini tetapi hanya memikirkan soal kepentingan politik dan puak-puak mereka sahaja. – Bernama
Isu YDP MAINPP: UMNO Pulau Pinang kesal
Bekas Speaker DUN Perlis meninggal dunia
ASEAN digesa tingkat usaha hapus keganasan
Naza lancar ruang pameran Ducati terbesar di Asia
Tambang haji kekal RM9,980, quota 28,000
Pemuda UMNO bantu lunas cukai rumah P. Ramlee
Najib umum 42 peluang perniagaan inovatif
Kes Anwar saman Chandra dibicarakan 10 Sept.
Penyenaraian Felda Global Ventures diluluskan
Polis tumpaskan sindiket penipuan Macau Scam
Rakyat Malaysia seludup ubat batuk dihukum penjara
PTPTN: Jangan jadi kuda tunggangan pembangkang
Liga Juara-juara: Chelsea tundukkan Barcelona 1-0
Suu Kyi rancang kunjung Britain, Norway pada Jun
Buru gajah di Afrika: Raja Sepanyol mohon maaf
Kes amukan di Oslo: Suspek tak takut dihukum
Misi NATO di Afghanistan kekal hingga 2014
Penularan H5N1: China musnah 95,000 ekor ayam
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||









