VERSI : Mobile | Akhbar Digital
31 Julai 2014 / 4 Syawal 1435  
  Carian Arkib
KAMPUS

ARKIB : 15/06/2011

Permintaan, tawaran tinggi punca arkitek 'lari'


Shaifuddin Ahmad (kanan) melihat replika senibIna yang dipamerkan pada Bengkel Senibina di UTM Skudai, kelmarin.


JOHOR BAHRU 14 Jun- Permintaan tinggi terhadap kerjaya arkitek dan tawaran yang baik menyebabkan ramai lulusan jurusan berkenaan tidak melepaskan peluang bekerja di luar negara.

Tindakan itu sedikit sebanyak menjadi punca kekurangan jumlah tenaga kerja profesional tersebut di negara ini dan jumlahnya tidak selari dengan keperluan negara yang sedang pesat membangun.

Menurut Timbalan Presiden Pertubuhan Arkitek Malaysia, Ar. Saifuddin Ahmad, negara ini melahirkan jumlah lulusan jurusan senibina yang berkualiti sehingga mendapat permintaan tinggi untuk mengisi pasaran kerja di luar negara.

"Kebanyakan lepasan universiti tempatan mencari peluang kerja di Singapura dan Timur Tengah. Malah, siswazah yang menuntut di luar negara juga cenderung untuk bekerja di sana berbanding balik ke Malaysia.

"Kekurangan tersebut turut ditambah dengan bilangan mereka yang lulus peperiksaan senibina tahap ketiga juga adalah kecil," katanya selepas merasmikan Bengkel Senibina ke-23 anjuran penuntut senibina Universiti Teknologi Malaysia (UTM) di sini, semalam.

Turut hadir, Dekan Fakulti Alam Bina UTM, Prof. Madya Dr. Ahmad Nazri Muhamad Ludin.

Program yang bermula kelmarin dan berakhir Jumaat ini mengetengahkan tema Terang 2011 menyaksikan penglibatan seramai 400 peserta daripada 21 institusi pengajian tinggi seluruh negara.

Saifuddin berkata, universiti tempatan juga melahirkan jumlah lulusan senibina yang sedikit jika dibandingkan dengan negara maju lain.

"Tetapi harus diingat bahawa biarpun jumlahnya sedikit, mereka adalah golongan yang berkualiti, cuma masalahnya adalah jumlahnya tidak mencukupi apatah lagi dengan pembangunan pesat yang dikecapi negara pada masa ini," katanya.

Sementara itu, Ahmad Nazri berkata, setiap tahun UTM hanya melahirkan kira-kira 80 siswazah senibina.

Menurutnya, jumlah tersebut dikurangkan daripada 100 kepada 80 orang bagi menjaga kualiti graduan supaya sesuai dengan pasaran kerja dan selaras dengan kehendak negara dalam melahirkan modal insan kelas pertama.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:51
Zohor 1:22
Asar 4:44
Maghrib 7:30
Isyak 8:43

 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
PRK Bukit Gelugor
Utusan Live di PRK Parlimen Bukit Gelugor
PRK Teluk Intan
Utusan Live di PRK Parlimen Teluk Intan
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.