VERSI : Mobile | Akhbar Digital
31 Julai 2014 / 4 Syawal 1435  
  Carian Arkib
SAINS & TEKNOLOGI

ARKIB : 13/06/2011

Teknologi kitar semula minyak hitam


UMP Green Technology Sdn. Bhd. mengorak langkah dalam industri berkaitan penjagaan alam sekitar dengan terbinanya loji menghasilkan minyak pelincir daripada minyak hitam terpakai.


SEBAGAI pemilik kenderaan, kita rata-ratanya tidak mengetahui bahawa selain melepaskan asap kenderaan ke atmosfera yang mencemarkan alam sekitar satu lagi sumbangan pencemaran ialah minyak hitam.

Apa yang kita tahu apabila cukup tempoh atau meter pada kenderaan kita sudah capai batuan tertentu kenderaan akan dihantar ke pusat servis untuk menukar minyak enjin yang juga dikenali sebagai minyak hitam.

Tetapi berapa ramai yang berfikir ke mana minyak hitam terpakai yang dikeluarkan dari kenderaan kita itu dibuang.

Bayangkan dalam sehari berapa banyak minyak hitam itu dibuang. Ada pula mekanik yang tidak bertanggungjawab yang membuang ke longkang dan seterusnya mengalir ke sungai hingga mencemarkan sumber air kita.

Ini merupakan sebahagian daripada beban kepada alam sekitar.

Dalam menangani masalah itu, seorang penyelidik tempatan berusaha mengurangkan impak pembuangan minyak hitam kepada alam sekitar dengan mencari jalan untuk memanfaatkannya termasuk digunakan semula.

Penyelidikan terbabit yang diketuai Prof. Datuk Dr. Rosli Mohd. Yunus yang juga Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), Universiti Malaysia Pahang (UMP) di Kuantan, Pahang telah memulakan penyelidikan mereka pada November 2007.

Penyelidikan yang dinamakan projek teknologi hijau kitar semula minyak hitam terpakai dijalankan secara usaha sama antara UMP melalui anak syarikatnya, UMP Green Technology Sdn. Bhd. dan Urban Environmental Industries Sdn. Bhd. Ia dibiayai di bawah Skim Technofund, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI).

Rosli yang ditemui berkata, antara manfaat daripada teknologi tersebut ialah ia mampu menyelesaikan masalah melupuskan minyak hitam.

"Minyak hitam merupakan bahan buangan terjadual seperti termaktub dalam Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.

"Kebanyakannya diproses menjadi bahan bakar sekali gus mencemarkan alam sekitar dan ia hanya boleh diuruskan dan dilupuskan oleh pihak yang mempunyai lesen yang dikeluarkan oleh Jabatan Alam Sekitar,''katanya.

Menurut beliau, minyak hitam terpakai tersebut dilupuskan dan dibeli oleh pihak tertentu yang tidak mempunyai lesen dan menyalahi undang-undang.

Terdapat juga kes ia diseludup keluar kerana mendapat permintaan dan harga yang tinggi di pasaran.

Oleh itu, kata beliau, dengan adanya teknologi tersebut, ia dapat memberi kesedaran kepada nelayan pengusaha bengkel penyelenggaraan kenderaan, industri kapal dan kilang-kilang untuk menyimpan minyak hitam terpakai dalam tong-tong yang disediakan.

Ia bagi mengelakkan mereka membuang minyak hitam ini di laut, sungai, parit atau ditanam dalam tanah yang boleh mencemarkan air bawah tanah dan alam sekitar .

Istimewanya, teknologi tersebut tidak mengeluarkan sebarang sisa buangan kerana semua ditukarkan menjadi produk minyak dasar dan produk lain seperti gris.

Menurut Rosli, projek berkenaan boleh dianggap sebagai projek teknologi hijau kerana dapat menyelesaikan masalah melupuskan minyak hitam terpakai.

Minyak dasar adalah bahan utama untuk diproses menjadi minyak pelincir sebagai produk akhir.

"'Projek ini memfokuskan kepada pembangunan kitar semula minyak dasar daripada minyak hitam terpakai menggunakan teknologi pengekstrakan," kata beliau.

Objektif projek itu untuk membangunkan kilang pemprosesan minyak pelincir terpakai dengan pengeluaran tahunan berkapasiti 14,000 metrik tan.

Projek berkenaan telah dipatenkan oleh Rosli yang dibiayai oleh Kementerian Sains,Teknologi dan Inovasi dibawah Geran Technofund.

Teknologi yang dibangunkan itu mampu meningkatkan kualiti dan kuantiti produk berbanding teknologi sedia ada.

Ia menggunakan pelarut komposit sebagai medium utama untuk mendapatkan semula minyak dasar daripada minyak hitam terpakai.

Rosli berkata, bahan mentah yang akan dijadikan asas kepada projek tersebut ialah minyak pelincir terpakai SW 305 dan SW 306 iaitu minyak hidraulik terpakai.

"Kitar semula minyak dasar daripada minyak hitam terpakai menggunakan teknologi pengekstrakan iaitu mengekstrak minyak dasar daripada minyak yang terbuang," katanya lagi.

Beliau berkata, setakat ini, pihaknya sedang menunggu kelulusan Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerja (JKKP) untuk memulakan operasi pengeluaran minyak dasar dan mengumpul dan membeli minyak hitam terpakai daripada agensi-agensi kerajaan dan swasta.

Ketika ini, loji penghasilan minyak itu telah siap dengan kapasiti pengeluaran maksimum 40 tan sehari atau 1, 200 tan bulan. Projek yang beroperasikan di kawasan Perindustrian Gebeng, Kuantan, Pahang ini telah dirasmikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, baru-baru ini.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:51
Zohor 1:22
Asar 4:44
Maghrib 7:30
Isyak 8:43

 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
PRK Bukit Gelugor
Utusan Live di PRK Parlimen Bukit Gelugor
PRK Teluk Intan
Utusan Live di PRK Parlimen Teluk Intan
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.