VERSI : Mobile | Akhbar Digital
31 Julai 2014 / 4 Syawal 1435  
  Carian Arkib
TIMUR

ARKIB : 01/06/2011

Ibu pejabat Bomba Kelantan di Tunjong

KOTA BHARU 31 Mei - Ibu pejabat Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Kelantan akan beroperasi sepenuhnya di bangunan baru di Bandar Baru Tunjong dekat sini, bermula hari ini.

Pengarahnya, Azmi Osman berkata, perpindahan ke bangunan baru itu melibatkan 65 kakitangan guna sama, termasuk anggota yang akan ditempatkan di premis berkenaan.

Beliau berkata, perpindahan tersebut turut melibatkan semua bahagian dalam jabatan bomba iaitu pengurusan, operasi bomba, keselamatan kebakaran dan latihan.

"Bahagian kejuruteraan sahaja akan kekal di premis lama yang terletak di Jalan Long Yunus bersama-sama Balai Bomba Kota Bharu.

"Pihak kita berharap dengan perpindahan ke tempat baru ini ia akan dapat meningkatkan lagi tahap kecekapan operasi, selain memberikan keselesaan kepada pelanggan yang berurusan dengan kami," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Azmi berkata, bangunan empat tingkat itu menelan belanja lebih RM13 juta di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

Katanya, jabatan itu turut merancang untuk mewujudkan sebuah balai yang dikenali sebagai "Sub Balai" sebagai langkah awal sekiranya berlaku kecemasan di kawasan Bandar Baru Tunjong.

"Sub balai itu dijangka mula beroperasi Julai ini dan lengkap dengan jentera dan kelengkapan untuk langkah pencegahan awal dan ia akan beroperasi 24 jam.

"Langkah ini diambil memandangkan di Bandar Tunjong ini merupakan kawasan pentadbiran Kerajaan Pusat yang turut terdapat bangunan-bangunan dan aset kerajaan di samping terdapat kawasan membeli belah seperti Wakaf Che Yeh yang menjadi tumpuan pelancong," katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:51
Zohor 1:22
Asar 4:44
Maghrib 7:30
Isyak 8:43

 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
PRK Bukit Gelugor
Utusan Live di PRK Parlimen Bukit Gelugor
PRK Teluk Intan
Utusan Live di PRK Parlimen Teluk Intan
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.