ARKIB : 01/06/2011
Perajurit Muda TUDM sedia sahut cabaran
RUTIN kehidupan di kem tentera yang penuh disiplin dengan pergerakan terbatas mungkin bukan pilihan utama kebanyakan anak muda yang kini lebih menggemari gaya hidup santai.
Kekangan daripada melakukan aktiviti kegemaran dan perlu menghadapi jadual latihan yang padat menyebabkan ada antara mereka segera menggelengkan kepala apabila diaju pertanyaan untuk menyertai badan beruniform itu.
Namun bagi 390 pelatih Perajurit Muda Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Siri 44/2011 di Institut Latihan Tentera Udara (ILTU) di Ipoh, ia bukan alasan untuk mereka menolak berkhidmat kepada agama, bangsa dan negara.
Bagi mereka yang kebanyakannya berusia antara 18 hingga 23 tahun itu, menjalani kehidupan tentera merupakan satu cabaran yang perlu diharungi dan kesukaran yang dilalui sudah seperti 'alah bisa tegal biasa'.
Bagi pemegang gelaran Perajurit Muda Terbaik Keseluruhan di ILTU, Perajurit Muda Muhammed Tarmizi Hashim, 23, cabaran yang ditawarkan dalam bidang ketenteraan telah menarik minatnya untuk menyertai latihan tersebut.
Justeru itu katanya, persediaan yang cukup dari aspek mental dan fizikal amat penting untuk menceburi bidang tersebut kerana ia merupakan penentu kejayaan dalam menempuhi sebarang cabaran yang mendatang.
"Memang sukar apabila kita perlu melatih semula diri yang biasa melakukan perkara rutin bagi disesuaikan dengan transformasi baru sebagai anggota tentera.
"Bagaimanapun saya tidak melihat ia sebagai satu beban bahkan menjadi cabaran yang wajib digalas dalam memastikan perajurit muda yang dilahirkan TUDM merupakan individu yang berdisiplin dan unggul keperibadiannya," katanya yang berasal dari Kuala Krai, Kelantan.
Pendapat itu disokong Perajurit Muda Akademik Terbaik Keseluruhan, Perajurit Muda Mohamed Syahrizal Shatri, 21, apabila menyifatkan penyertaannya dalam latihan perajurit muda sebagai medan untuknya mencabar keupayaan diri.
Selain sukakan cabaran, katanya, dia ingin bersama-sama anggota TUDM yang lain bagi menggalas tanggungjawab menjaga keutuhan serta kepentingan negara melalui penggunaan kuasa udara yang tepat dan efektif.
"Sebagai generasi muda, saya terpanggil untuk menyahut cabaran dalam melindungi dan menjaga keselamatan negara ini daripada ancaman musuh.
"Saya percaya pelatih-pelatih yang dilahirkan pada setiap sesi latihan merupakan pelatih yang cemerlang dengan adanya tunjuk ajar dan penekanan yang diberikan barisan jurulatih skuadron Latihan Perajurit Muda," katanya.
Sementara itu, Perajurit Muda Penembak Terbaik, Perajurit Muda Mohd. Hisyam Sabri, 20, berkata, disiplin yang telah diterapkan kepada setiap pelatih merupakan satu tanggungjawab yang berat untuk dipikul.
Katanya, tanggungjawab tersebut merupakan satu amanah bagi memastikan nama baik anggota tentera tidak tercemar dengan perlakuan anggotanya.
"Sebelum ini tiada sekatan dan halangan untuk kami melakukan apa sahaja namun dengan perubahan ini ia sebenarnya memberikan satu semangat bagi memelihara nama baik anggota tentera agar tidak tercemar dengan perkara yang tidak baik," katanya.
Eksesais Belangkas TD berjaya
TLDM martabat inovasi
Pengalaman kendali kes black money
Pelan Strategik TLDM
'Suzana' dalam ingatan Haron
Perjuangan veteran british
Jiwa sukan Koperal Yusof
Ops Fajar jamin keselamatan kapal dagang
Kerana minat kimia
30 minit bersama rafale
Kepentingan Pulau Layang-Layang
Kehebatan M. Thamotharan
Penghargaan untuk wira negara
Aksi luar biasa Smokey Bandit
Tumpaskan sindiket seludup kapal
Tingkatkan imej negara
Tarmizi yakin dengan keputusan
Mejar Azhari penembak buta
Sumbangan besar PGA
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||









