VERSI : Mobile | Akhbar Digital
20 September 2014 / 25 Zulkaedah 1435  
  Carian Arkib
EKONOMI

ARKIB : 31/05/2011

Akauntan Negara nafi tawar khidmat proses tuntutan wang tak dituntut

KUALA LUMPUR 30 Mei - Kementerian Kewangan menasihatkan orang ramai supaya berhati-hati dan tidak terpengaruh dengan e-mel atau surat makluman yang mengaitkan Akauntan Negara Malaysia.

Surat itu menawarkan perkhidmatan untuk membantu dalam memproses tuntutan wang tidak dituntut dengan mengenakan kadar yuran atau caj perkhidmatan tertentu.

Menurut kenyataan Kementerian Kewangan yang dikeluarkan di sini hari ini, Akauntan Negara Malaysia tidak pernah menghantar sebarang e-mel atau apa-apa bentuk makluman kepada mana-mana individu atau syarikat untuk menawarkan perkhidmatan memproses tuntutan wang tidak dituntut.

Katanya, Akauntan Negara Malaysia juga tidak pernah melantik mana-mana individu atau syarikat sebagai ejen dan tidak mengenakan sebarang yuran atau caj perkhidmatan untuk menguruskan tuntutan bayaran balik wang tidak dituntut.

"Maklumat mengenai wang tidak dituntut yang telah diserahkan kepada Jabatan Akauntan Negara Malaysia untuk diwartakan pada setiap tahun dan salinan pewartaan tersebut boleh didapati di Perpustakaan Negara untuk semakan umum.

"Wang tidak dituntut yang diserahkan kepada Pendaftar Wang Tidak Dituntut, Jabatan Akauntan Negara, boleh dituntut pada bila-bila masa oleh pihak yang mempunyai hak ke atas wang tersebut,'' jelas kenyataan itu lagi.

Kementerian Kewangan memberitahu, semua permohonan atau sebarang kemusykilan hendaklah dikemukakan terus kepada Pendaftar Wang Tak Dituntut, Bahagian Pengurusan Amanah dan Sekuriti, Jabatan Akauntan Negara Malaysia.

Katanya, orang ramai juga boleh menghubungi talian 03-20341850 atau faksimili 03-20725707 atau 03-20267430 untuk mendapatkan maklumat.

"Orang ramai juga boleh berkunjung terus ke mana-mana Jabatan Akauntan Negara Malaysia negeri atau cawangan yang berdekatan,'' ujar kenyataan tersebut.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:48
Zohor 1:10
Asar 4:14
Maghrib 7:12
Isyak 8:21



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.